PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Tuesday, December 28, 2010

Taman Negara 25.12.2010

25 Disember 2010 hari perayaan krismas keluarga aku dan aku mengambil kesempatan ini keluar dari Lembah Kelang dan cadangan asal nak ke Kuala Terengganu tapi ada juga sebelum ini berbincang nak ke Taman Negara. Rakan2 setugas di pejabat menasihati jangan ke Taman Negara dalam musim hujan ini kerana airnya dalam serta merbahaya.



On the way semasa di Lebuh Raya Karak aku bertekad nak ke Taman Negara kerana kami semua belum pernah ke situ. Aku terus menghala ke Jerantut menuju ke Kuala Tahan mencari Taman Negara. Mengikut cerita kawan, aku boleh ke Taman Negara dengan menaiki kereta.



Setiba di Kuala Tahan aku jadi hilang mood kerana Taman Negaranya di sebalik sungai dan perlu menaiki bot ke seberang dan tidak seperti aku gambarkan kerana prasarana Kuala Tahan tidak terurus seperti rumput panjang, sampah sarap dimerata tempat.Aku rasa seperti nak patah balik dan menuju ke Terengganu. Tapi apakan daya kerana perjalanan ke sini begitu jauh maka aku carikan juga tempat penginapan. Menginaplah kami di Rainforest Resort.



Malam makan di restoran terapung 'Mawar' sempatlah bersembang dengan tuan punya restoran bertanyakan tentang Taman Negara dan apa yang menarik yang ada disitu. Maka banyaklah tempat2 menarik dan aktiviti yang boleh dibuat saperti tracking dalam taman negara, canopy walkway, berenang bersama ikan kelah, melihat binatang diwaktu malam, menyusuri sungai diwaktu malam, menaiki bot mengharung jeram dan berbagai2 lagi. Aktiviti itu semua boleh ditempah dengan dia (Siti -0179236247). Aku tempah untuk esoknye menaiki bot ke canopy walkway (RM60) dan mengharungi jeram (RM120)







Bila menghadapi situasi ini baru aku sedar yang badan aku yang besar ada sakit lutut, sakit pingang, darah tinggi dan kencing manis agak mencabar membuat aktiviti sebergini. Menaiki tangga yang curam kecanopy walkway membuat aku tercungap2, terpaksa cari kayu dijadikan tongkat. Apa saja akar atau kayu yang boleh membantu pasti dicapai. Aku dengan semangatnya berjalan atas Canopy itu.. adaleh dalam 10 langkah dalam keadaan tergoyang2 berenjut2 menjadikan kepala aku pening. Aku stop dan berundur kebelakang dan berikan kepada anak isteri aku teruskan takut nanti lain pulak jadinya pada aku. Perjalanan canopy sejauh 520 meter dari pokok ke pokok dan terdapat 10 hentian diatas pokok.





Seterusnya kami menaiki bot panjang mengharungi jeram. Wow... bestnya walaupun terasa kecut perut bila melihat jeram2 yang banyak lagi bahaya serta batu2 yang kelihatan dan juga tidak kelihatan dalam air apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Tapi inilah adventure yang sangat menarik disertai pemandangan hutan tropika disepanjang sungai. Tapi yang tak best air sungai yang berkelodak disebabkan aktiviti manusia. Dimanakah yang dikatakan pemuliharaan alam semulajadi di Taman Negara ni, air sungai yang tidak nampak apa didasarnya.



Sebelum balik singgah di Taman Negara National Park di seberang sungai yang mana terletaknya Mutiata Taman Negara. Tambang bot RM1 seorang. Bila berada disini barulah saya faham kedudukan tempat ini. Segala aktivi Taman Negara bermula di sini dan setiap tempat itu boleh dikunjungi dengan berjalan kaki mengikuti trek2 dan papan tanda yang telah disediakan. Dengan kata lain tempat ini sesuai dikunjungi bagi mereka yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Bagi mereka yang ada penyakit semput, darah tinggi lemah jantung dan lain2 lagi lebih baik tengok ajelah. Bot2 hanya untuk permudahkan perjalanan tiba ke distinasi.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Bagi mereka yang tidak pernah kesini, datanglah kerana pengalaman itu tidak boleh dibeli melainkan dirasai sendiri.





Aku teruskan perjalanan aku ke Cerating, tidur semalam di sana anak bermain pantai dan ombak diwaktu petang. Aku suka pantai Cerating kerana tidak merbahaya. Pantainya berteluk dan landai. Cuma yang aku tidak puas hati silap membuat pilihan Chalet 'Duyung' yang usang dan kotor. Kalau berginilah melayu berniaga alamatnya tidak lama gulung tikar... dibanding dengan pesaing-pesaing yang lain yang memelihara kawasan dan memikat tetamu. Target asal aku mencari chalet yang ada TV1 kerana nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia. Bestnya Malaysia menang 3-0 yahoooooooo pastinya satu malaysia menjerit GOAL!!!! serentak.

Pagi lagi aku dah check-out dan menghala kearah Kemaman mencari sarapan pagi ala Terengganu, mencari keropok lekor, sata dan keropok Terengganu. Sekurang2nya ada bukti aku ke Terengganu walaupun hanya di sempadan aje he....

Terus balik menghala ke KL kerana isteri ada mesyuarat esok. Itu pun aku sempat berhenti di Hutan Lipur Lentang mandi bersama keluarga walaupun hanya berseluar jean. Balik bawa kereta hanya memakai kain pelikat sampai Putrajaya he......

Thursday, December 23, 2010

BOWLING

Memang lama tidak menulis dalam blog ni. TQ Vic kerana mengingatkan. Namun begitu saya tetap mengikuti blog rakan2 yang lain. Cuma diakhir2 tahun ni masa luang terlalu sedikit untuk aktiviti lain maka tiada bahan untuk bercerita.

Namun begitu untuk melepaskan tension, kakitangan Institut Latihan Pos mengadakan perlawanan bowling dikalangan staff hasil dari kutipan yuran bulanan bagi aktiviti riadah. Bertempat di Alamanda Putrajaya pada 22.12.2010.


MUKA-MUKA YANG GEMBIRA DENGAN BOSS (ADA MAKNA TU...)


MUKA-MUKA YANG KALAH

Dalam hidup aku tak pernah main bowling walaupun pada anak2 aku permainan itu biasa saja bagi mereka.Aku orang lama mak bapak aku tak pernah kenalkan pada aku permainan itu melainkan badminton dan bola sepak.


PEMAIN PROFESIONAL...

Walaupun begitu dalam minda aku tetap mengatakan ini permainan mudah kerana aku pemain kidal dan orang kidal biasanya mempunyai ketepatan balingan. Dulu masa aku bujang cicak cukup takut bila nampak aku kerana aku memang tepat bila lastik cicak. Aku tobat lastik burung kerana bila lastik terus mati....Jadi aku rasakan main bowling ini perkara mudah rupanya tidak... he...he...


TUNGGU TURN

Dalam 3 set permainan aku hanya dapat 5 kali saja strike dan banyak kali masuk longkang. Mengapalah diaorang buat longkang, tak ada longkag kan lagi senang he...he.. Kesannya jari sakit, belikat pun sakit aduh.... siapa nak urut ni....


ADA YANG BERKILAT MACAM BOLA BOWLING?? HE... JANGAN MARE

Hasilnya hanya dapat hadiah sagu hati aje, macam budak tadikalah pulak menang dapat hadiah dan yang kalahpun dapat hadiah. Tak pe tahun depan akau akan cuba lagi..

Sunday, November 28, 2010

Myvians di Jeram Toi

Hari Sabtu 27.11.2010 sepertimana yang telah dijanjikan Myvians berkelah di Jeram Toi Negeri Sembilan. Keluarga aku pagi2 dah bangun terutama sekali isteri aku yang beria2 masak macam2 kerana berjanji bawak PotLuck. Aku ingatkan satu jenis saja rupa2nyer ada Frankfurther, macaroni dengan supnyer, nasi, sambal tumis ayam, kari telur dan buah2an. Aku jadi susah hati bila melihat jam hampir pukul 9 pagi sepatutnyer waktu bergerak dari Restoran Makdo dekat Mines tapi banyak kerja2 masak belum siap lagi. Mujurlah Myvians ni buat janji melayu he....

Bergerak dari Makdo dalm pukul 10.00 pagi menunggu rakan2 lain yang juga lambat dan Convoi melalu Lebuh Raya Lekas. Besnyer highway ni kerana kurang kereta





Di Jeram Toi memanglah tempatnya dalam hutan dan atas bukit, sungainyer taklah berapa besar tapi yang besnyer kawasan itu dibuat dalam bentuk kolam yang luas maka bolehlah ramai berendam dalamnyer. Airnyer aduh... sejuk sangat sedangkan aku yang banyak lemak ini pun mengigil kesejukan. Lebih kurang 5 kaki dalamnyer, bila berdiri mencecah hingga ke tengkok saya. Jadi ramailah kawan2 Myvians yang buat berbagai2 aksi terjunan





Disitu juga semua buka bekal masing2 dan bertukar2 makanan disamping itu juga aktiviti BBQ membakar ayam yang telah disediakan oleh AJK. Sedapnyer ayam diaorang buat.... rasa macam satay.



Abu kergerak awal meninggalkan mereka dalam riang keseronokan kerana nak ke Melaka menziarahi anak saudara aku yang baru dapat baby.

Thursday, November 18, 2010

Raya Haji

Keputusan disaat akhir balik beraya di kampung kerana isteri aku dapat cuti pada hari Selasa sehari sebelum Raya Haji. Pukul 4 pagi hari Selasa bingkas bangun bergerak ke Taiping.. sembahyang Subuh di R&R Rawang dengan harapan kami akan sampai pagi di Taiping boleh tolong2 bantu persiapan untuk beraya esok he... Tengahari pekena kuey teow Doli yang mana semamangnya aku berangan dalam perjalanan lagi.. he.. lepas tu pulak pekena Pohpia Taiping yang semamangnya sedap.




TENGAH MENUNGGU KUEY TEOW MASAK



MAKAN 6 ORANG TAPI ORDER 7 PINGGAN HE...

Petang raya berangkat balik ke Putrajaya kerana esok aku dan isteri aku kerja. Penat driving dan menjemukan tapi apakan daya tak mampu beli helicopter he....

Saturday, October 23, 2010

SIBUK SOKMO

dah lama aku tak buat tempelan dalam blog aku kerana kepala penuh dengan berbagai2 tugas yang perlu diselesaikan. Ada ketika masa aku terlau luang sehingga dalam waktu bertugas masih lagi boleh facebook dan blogging. Tetapi dalam waktu ini banyak masa terpaksa ditumpukan kepada pekerjaan. kadangkala aku rasakan inilah masa kerja aku berbaloi dengan pendapatan.

Masa bulan Oktober ni mulalah bahagian aku merancang Kalendar Latihan untuk tahun 2011. Mengenalpasti latihan. mendapat input di setiap bahagian, latihan apa yang diperlukan bagi tahun hadapan dengan menghantar delegasi berjumpa head2 dan HR setiap bahagian. Mendapatkan cadangan dan sebagainya

Bila dah dapat semua input2 ini seperti Latihan Teknikal dan Soft Skill, barulah difikirkan membuat kalendar latihan, tarikh2 yang bersesuian dibuat latihan beserta dengan bajet latihan untuk tahun 2011. Proses ini semua memerlukan bengkel dibuat berulangkali sehingga dirasakan lengkap barulah di persembahkan kepada Training Council kemudian bila dipersetujui barulah persembah kepada Dato CEO bagi mendapatkan kelulusan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Itu kesibukan aku di Pejabat, aku juga sibuk di rumah kerana baru berpindah rumah dari Kuarters Pos ke kuarters Kerajaan Putrajaya. Pindah rumah ni.. sama seperti rumah baru dilanggar burung garuda sehingga nak cari tali pinggang, gel rambut nak pergi kerja pun tak jumpa. Panik akuuuuu he..

Kini aku dah seminggu menjadi warga Putrajaya Prisint 15. Aku terpaksa berpindah memikirkan tempoh aku dengan Pos Malaysia hanya tinggal beberapa tahun saja lagi. Sebelum aku dihalau keluar dari Kuarters Pos dan dengan adanya peluang menghuni Kuarters Kerajaan Isteri aku... lebih baik aku cabut dulu... Isteri aku tempohnya dengan kerajaan masih lama lagi.... nak balik kampung anak2 dan isteri tak mahu lagi.



Monday, October 4, 2010

Hari Keluarga SK Sg. Merab Luar

Sekolah tempat isteri aku mengajar mengadakan Hari Keluarga di Cameron Highland jadi aku kenalah beri sokongan walaupun dikalangan mereka ramai yang aku tak kenal supaya hubungan manjadi lebih mesra diadakan hari keluarga. Penginapan telah di bayar aku hanya perlu keluarkan belanja perjalanan dan makanan keluarga aku sahaja.

Perjalanan bermula pada pukul 7.00 pagi dari Bangi keluar melalui Tapah. Sepanjang perjalanan singgah sebentar di ladang Cameron Bharat, kemudian teruskan ke pekan Tahan rata.





Penginapan disediakan di Villa Dahlia berhadapan dengan padang golf, Apartment aku terdapat 3 bilik tidur yang besar-besar sedangkan aku pergi hanya 4 beranak sahaja, mulalah aku teringat pada 2 orang lagi anak aku yang berada di UiTM dan KPM Sri Iskandar, alangkah seronoknya sekira mereka juga turut berada bersama di Cameron ini. Aku syurkan pada isteri aku yang aku nak turun ke Sri Iskandar ambil mereka disana. Dia kata ini kerja gila, bukannya dekat nak pergi ke situ menghala ke Kg Raja turun ke Simpang Pulai, tapi aku betegas juga nak ambil mereka, jika tidak aku tak seronok bila mereka berdua tak ada bersama. Jadi isteri aku beralah turut juga bersama ke Sri Iskandar... Kedua2 budak tu cukup seronok bila tahu kami nak ambil mereka he....





Dalam perjalanan naik semula ke Cameron singgah di Pasar Malam Brinchang, banyak buah-buahanan tanah tinggi saperti Straw Barries, jagung, ubi dan berbagai2 lagi sayu-sayuran dijual dengan banyak dan murah.


MACAM SARDIN BILA 6 ORANG DALAM MYVI


WOW... SEDAPNYER...

Aktiviti hari keluarga hanya pada sebelah malam saja, diadakan permainan untuk orang dewasa, kanak2 dan karaoke. Enjoy juga..... Esoknya pergi ke Tanah Rata dan ke tempat MARDI.







Bestnya di Cameron ni udaranya sejuk dan nyaman... sehingga disabelah malam sewaktu tidur rasa macam nak tutup aircond tak tahan kesejukan, tapi mana ada aircond... Sampai rumah di Bangi pukul 11.00 malam kerana menghantar 2 orang anak tu ke Sri Iskandar semula. Minta tolong isteri aku drive dari Sri Iskandar ke R&R Tapah kerana terlalu letih. Aduh letihnya.... padan muka aku.. he...

Thursday, September 23, 2010

Jamuan Hari Raya ILP


Hari Jumaat malam Sabtu yang lepas Pejabat akau buat majlis Jamuan Hari Raya beserta juga sambutan Majlis Hari Jadi bagi kakitangan yang lahir dari bulan Julai hingga kebulan Disember. Jadi termasuklah aku yang lahir dalam bulan Oktober.





Semua kakitangan tidak dibenarkan cuti pada hari tersebut kerana mengadakan kerja gotong royong bagi menjayakan majlis, ada yang beli bahan2 untuk masak, ada yang memasak, ada yang sediakan dewan dan pentas, ada yang membakar ayam dan ikan. Masing2telah diberikan bahagian tugas masing2





Acara dengan majlis potong kek hari jadi, makan, permainan untuk kanak2 dan karaoke. Majlis berakhir puluk 12,00 malam. Best jugak... tapi memenatkan.

Wednesday, September 15, 2010

Hari Lebaran

Bila ramai Bloggers menulis tentang raya, saya pun nak tulis tentang raya jugalah He.. Aku beraya di rumah mertua aku (Batu Kurau, Perak)jadi tak ramai kenalan melainkan saudara rapat sebelah isteri aku jadi tak banyak aktiviti kunjung mengunjungi melainkan aktiviti berhimpun adik-beradik sehingga sesak rumah. Pandai2lah masing2 diwaktu malam hari mencari mana2 sudut yang kosong jika nak tidur.



Tapi yang bestnyer aku, anak2 aku dan anak2 saudara aku raya kedua dan raya ketiga pagi2 dah mandi sungai. Daripada menunggu turn nak mandi bilik mandi lebih baik mandi sungai


="http://1.bp.blogspot.com/_fshCimFIMxg/TJCuqcXZn3I/AAAAAAAAAGA/pZtW8_XOfOQ/s1600/DSC04067.JPG">


Raya ke 4 dan ke 5 di rumah aku Kamunting, Selasa balik Bangi kerana Rabu isteri kerja hu... habis raya....

Sunday, September 5, 2010

Buka Puasa Sekeluarga

Malam tadi malam yang gembira bagi keluarga aku seolah2 berhimpun hari raya, kerana seluruh keluarga aku bertandang di rumah aku berbuka puasa.

Aku hanya ada 2 beradik sahaja, yong(kakak) dan aku. Anak aku yang 2 orang tu malam tadi baru dapat berbuka bersama kerana baru balik dari kolej disertakan dengan anak kakak aku 4 orang beserta menantu dan cucunya menjadikan rumah aku lengkap dengan seluruh keluarga aku yang kecil ini.

Pada hari raya nanti belum tentu kami berjumpa antara satu sama lain kerana masing2 beraya kerumah mertua masing2, termasuklah aku beraya ke rumah mertua aku.

Jadi menu aku malam tadi mee kari tulang, cucur udang kucai dan ditambah dengan kueh2yang dibawa oleh anak saudara2 aku. Yang gembiranya isteri aku ada pembantu di dapur dengan dua anak dara yang dah besar

Friday, September 3, 2010

Rumah Anak Yatim



Bila buat lawatan ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah Kajang menyerahkan sumbangan kakitangan Institut Latihan Pos, tersentuh perasaan aku mengenangkan nasib kanak2 disitu. Teringat aku bait2 puitis dari lagu Suratan olehTommy J Pisa

Ingin ku menangis
Saat kuterpaku
Mengenangkan nasib
Diri yang tiada erti
Tak pernah kunikmati
Megahnya dunia



Terdapat kanak2 yang tiada emak dan ayah, ada kanak2 yang diselamatkan daripada dijual di Thailand, ada kanak2 yang campuran bangladesh/malaysia, Myanmar/Malaysia, Indon/Malaysia yang mana mereka ini ditinggalkan oleh ibu/bapa. Tersentuh hati aku bila mengenangkan semasa kecil aku tak pernah kehilangan kasih sayang dari ibu/bapa, malah mendapat kasih sayang yang penuh sehingga aku beristeri dan mendapat anak. Terputusnya kasih mereka setelah pemergian mereka mengadap Allah SWT.



Betapa sedihnya kanak2 ini tidak menikmati sepertimana aku nikmati, kasih, sayang kemesraan, gurau senda dan belaian ibu/bapa. Jika ada masaalah aku boleh memujuk, mengadu dan merujuk. Apa yang diminta semuanya dapat Semua ini tiada pada mereka, sekiranya ada masaalah pandai2 mereka selesaikannya sendiri atau pendamkan saja apa yang diingini kerana tiada tempat untuk mengadu.



Mulia sungguh hati mereka yang membuka pusat penjagaan ini. Bukan mudah kendali seramai 62 orang kanak2 yang berbagai2 latar belakang. Kita yang anak sendiri 4 orang pun masih gagal mengawal budi pekerti mereka inikan pula seramai itu. Allah sahaja yang dapat membalas usaha mereka ini. Perbelanjaan bulanan pusat ini sebanyak RM 30,000 terpaksa dikeluarkan bagi menampung kos makan dan lain2. Semuanya ini bersandarkan pada sumbangan ikhlas orang ramai.