PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Friday, September 3, 2010

Rumah Anak Yatim



Bila buat lawatan ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah Kajang menyerahkan sumbangan kakitangan Institut Latihan Pos, tersentuh perasaan aku mengenangkan nasib kanak2 disitu. Teringat aku bait2 puitis dari lagu Suratan olehTommy J Pisa

Ingin ku menangis
Saat kuterpaku
Mengenangkan nasib
Diri yang tiada erti
Tak pernah kunikmati
Megahnya dunia



Terdapat kanak2 yang tiada emak dan ayah, ada kanak2 yang diselamatkan daripada dijual di Thailand, ada kanak2 yang campuran bangladesh/malaysia, Myanmar/Malaysia, Indon/Malaysia yang mana mereka ini ditinggalkan oleh ibu/bapa. Tersentuh hati aku bila mengenangkan semasa kecil aku tak pernah kehilangan kasih sayang dari ibu/bapa, malah mendapat kasih sayang yang penuh sehingga aku beristeri dan mendapat anak. Terputusnya kasih mereka setelah pemergian mereka mengadap Allah SWT.



Betapa sedihnya kanak2 ini tidak menikmati sepertimana aku nikmati, kasih, sayang kemesraan, gurau senda dan belaian ibu/bapa. Jika ada masaalah aku boleh memujuk, mengadu dan merujuk. Apa yang diminta semuanya dapat Semua ini tiada pada mereka, sekiranya ada masaalah pandai2 mereka selesaikannya sendiri atau pendamkan saja apa yang diingini kerana tiada tempat untuk mengadu.



Mulia sungguh hati mereka yang membuka pusat penjagaan ini. Bukan mudah kendali seramai 62 orang kanak2 yang berbagai2 latar belakang. Kita yang anak sendiri 4 orang pun masih gagal mengawal budi pekerti mereka inikan pula seramai itu. Allah sahaja yang dapat membalas usaha mereka ini. Perbelanjaan bulanan pusat ini sebanyak RM 30,000 terpaksa dikeluarkan bagi menampung kos makan dan lain2. Semuanya ini bersandarkan pada sumbangan ikhlas orang ramai.

7 comments:

  1. Ya, Rumah Anak2 Yatim Nurhikmah Kajang (Tmn Mesra), ni masa mula dulu, sangat ler daif, tp dengan hasil sumbangan orang ramai yg prihatin, kini mereka agak selesa dgn rumah banglow (wakaf dari seorang guru). Di bawah kelolaan Hj Osman.

    Rumah ini adalah rumah pertama saya terlibat sbg sukarelawan sejak 2005 lagi (dibawah satu Yayasan, kini kami monitor 6 buah rumah anak yatim)

    Semoga apa yang diberi, mendapat ganjaran dari NYA...

    ReplyDelete
  2. AA > Bagus usaha murni tu. Mengambil perhatian pada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... masih ada yang sayang dan prihatin.

    Ada satu lagi raya anak yatim tu kalau dengar memang bleh mengalir airmata.... sedih! Tapi x ingat tajuknya.

    Vic pun antara orang2 yg bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan sehingga hari ini walaupun mak dan ayah dan menginjak usia tua rasanya kami adik beradik belum boleh lagi menerima kehilangan mereka..

    ReplyDelete
  4. Vic > sewaktu saya menaip entry diatas tanpa disedari air mata turut mengalir mengenang betapa bertuahnya saya dibandingkan dengan mereka

    ReplyDelete
  5. Sekadar berkongsi pengalaman:

    Kali pertama, di peringkat awal memang kita akan rasa sedih, nangis kerana kita simpati. Lama2 saya sudah biasa, dan tidak nangis lagi.

    Tapi jangan lupa, anak2 ini macam anak orang lain juga, ada perangai tertentu. Ada nakal ada karenah.

    Simpati suatu perkara lain.
    Nak marah suatu perkara lain.
    Sebab tu kadang2 kita tengok ada penjaga yang begitu garang wpun pada anak2 yatim, tapi kalu kita mendekati mrk kita akan tahu kenapa mereka tegas dan garang...

    ReplyDelete
  6. Betul AA, ketegasan serta kesabaran itu perlu bagi mereka yang menjaga anak2 ini kerana mereka datangnye dari berbagai2 latar belakan. Cuma saya bandingkan kita yang bertuah ini mak/ayah tidak tinggalkan kita

    ReplyDelete
  7. masyaAllah
    smoga segala urusan dipermudahkan
    Ameen...;)

    ReplyDelete