PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Tuesday, December 28, 2010

Taman Negara 25.12.2010

25 Disember 2010 hari perayaan krismas keluarga aku dan aku mengambil kesempatan ini keluar dari Lembah Kelang dan cadangan asal nak ke Kuala Terengganu tapi ada juga sebelum ini berbincang nak ke Taman Negara. Rakan2 setugas di pejabat menasihati jangan ke Taman Negara dalam musim hujan ini kerana airnya dalam serta merbahaya.



On the way semasa di Lebuh Raya Karak aku bertekad nak ke Taman Negara kerana kami semua belum pernah ke situ. Aku terus menghala ke Jerantut menuju ke Kuala Tahan mencari Taman Negara. Mengikut cerita kawan, aku boleh ke Taman Negara dengan menaiki kereta.



Setiba di Kuala Tahan aku jadi hilang mood kerana Taman Negaranya di sebalik sungai dan perlu menaiki bot ke seberang dan tidak seperti aku gambarkan kerana prasarana Kuala Tahan tidak terurus seperti rumput panjang, sampah sarap dimerata tempat.Aku rasa seperti nak patah balik dan menuju ke Terengganu. Tapi apakan daya kerana perjalanan ke sini begitu jauh maka aku carikan juga tempat penginapan. Menginaplah kami di Rainforest Resort.



Malam makan di restoran terapung 'Mawar' sempatlah bersembang dengan tuan punya restoran bertanyakan tentang Taman Negara dan apa yang menarik yang ada disitu. Maka banyaklah tempat2 menarik dan aktiviti yang boleh dibuat saperti tracking dalam taman negara, canopy walkway, berenang bersama ikan kelah, melihat binatang diwaktu malam, menyusuri sungai diwaktu malam, menaiki bot mengharung jeram dan berbagai2 lagi. Aktiviti itu semua boleh ditempah dengan dia (Siti -0179236247). Aku tempah untuk esoknye menaiki bot ke canopy walkway (RM60) dan mengharungi jeram (RM120)







Bila menghadapi situasi ini baru aku sedar yang badan aku yang besar ada sakit lutut, sakit pingang, darah tinggi dan kencing manis agak mencabar membuat aktiviti sebergini. Menaiki tangga yang curam kecanopy walkway membuat aku tercungap2, terpaksa cari kayu dijadikan tongkat. Apa saja akar atau kayu yang boleh membantu pasti dicapai. Aku dengan semangatnya berjalan atas Canopy itu.. adaleh dalam 10 langkah dalam keadaan tergoyang2 berenjut2 menjadikan kepala aku pening. Aku stop dan berundur kebelakang dan berikan kepada anak isteri aku teruskan takut nanti lain pulak jadinya pada aku. Perjalanan canopy sejauh 520 meter dari pokok ke pokok dan terdapat 10 hentian diatas pokok.





Seterusnya kami menaiki bot panjang mengharungi jeram. Wow... bestnya walaupun terasa kecut perut bila melihat jeram2 yang banyak lagi bahaya serta batu2 yang kelihatan dan juga tidak kelihatan dalam air apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Tapi inilah adventure yang sangat menarik disertai pemandangan hutan tropika disepanjang sungai. Tapi yang tak best air sungai yang berkelodak disebabkan aktiviti manusia. Dimanakah yang dikatakan pemuliharaan alam semulajadi di Taman Negara ni, air sungai yang tidak nampak apa didasarnya.



Sebelum balik singgah di Taman Negara National Park di seberang sungai yang mana terletaknya Mutiata Taman Negara. Tambang bot RM1 seorang. Bila berada disini barulah saya faham kedudukan tempat ini. Segala aktivi Taman Negara bermula di sini dan setiap tempat itu boleh dikunjungi dengan berjalan kaki mengikuti trek2 dan papan tanda yang telah disediakan. Dengan kata lain tempat ini sesuai dikunjungi bagi mereka yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Bagi mereka yang ada penyakit semput, darah tinggi lemah jantung dan lain2 lagi lebih baik tengok ajelah. Bot2 hanya untuk permudahkan perjalanan tiba ke distinasi.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Bagi mereka yang tidak pernah kesini, datanglah kerana pengalaman itu tidak boleh dibeli melainkan dirasai sendiri.





Aku teruskan perjalanan aku ke Cerating, tidur semalam di sana anak bermain pantai dan ombak diwaktu petang. Aku suka pantai Cerating kerana tidak merbahaya. Pantainya berteluk dan landai. Cuma yang aku tidak puas hati silap membuat pilihan Chalet 'Duyung' yang usang dan kotor. Kalau berginilah melayu berniaga alamatnya tidak lama gulung tikar... dibanding dengan pesaing-pesaing yang lain yang memelihara kawasan dan memikat tetamu. Target asal aku mencari chalet yang ada TV1 kerana nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia. Bestnya Malaysia menang 3-0 yahoooooooo pastinya satu malaysia menjerit GOAL!!!! serentak.

Pagi lagi aku dah check-out dan menghala kearah Kemaman mencari sarapan pagi ala Terengganu, mencari keropok lekor, sata dan keropok Terengganu. Sekurang2nya ada bukti aku ke Terengganu walaupun hanya di sempadan aje he....

Terus balik menghala ke KL kerana isteri ada mesyuarat esok. Itu pun aku sempat berhenti di Hutan Lipur Lentang mandi bersama keluarga walaupun hanya berseluar jean. Balik bawa kereta hanya memakai kain pelikat sampai Putrajaya he......

9 comments:

  1. Mak Su > memang tempat itu thrill. sesiapa yang belum pernah pergi boleh mencuba, tetapi biarlah fizikal yang baik kerana mengikuti trek2 yang ada lebih thrill lagi dengan berbagai2 halangan dan cabaran.

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya Taman Negara, wpun seperti tidak semua kawasan dapat dijelajahi tapi pengalaman itu sungguh manis sekali.

    Saya pun minat adventure begini, tapi harus buat persediaan awal mental fizikal.
    thanks ada info di situ.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. AA > bagi mereka yang minat adventure tempat ini memang sesuai..

    ReplyDelete
  5. combi pun mcm maksu...WOW.
    best la traveling mcm gini,combi suka dan sanggup walaupun beratus kilometer :)

    ReplyDelete
  6. memang saya tahu Combi ni memang kaki berjalan bila tengokkan blog Combi he.....he...

    ReplyDelete
  7. Mak pernah hantar vic ikuti kem ke Taman Negara masa umur vic 12 tahun. Ada satu kejadian yang vic tak boleh lupa sampai skang. Perjalanan menaiki speed boat dengan keadaan yang menahan kencing yang amat sangat. Kebetulan sungai bergelora dan hujan, banyak air masuk dalam bot... heheheh... *selamat!* wink~!

    ReplyDelete
  8. vic > nak buang air senang aje.. bila bot tersangkut turun sama2 kedalam air tolak bot sambil melepas he...

    ReplyDelete