PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Monday, October 4, 2010

Hari Keluarga SK Sg. Merab Luar

Sekolah tempat isteri aku mengajar mengadakan Hari Keluarga di Cameron Highland jadi aku kenalah beri sokongan walaupun dikalangan mereka ramai yang aku tak kenal supaya hubungan manjadi lebih mesra diadakan hari keluarga. Penginapan telah di bayar aku hanya perlu keluarkan belanja perjalanan dan makanan keluarga aku sahaja.

Perjalanan bermula pada pukul 7.00 pagi dari Bangi keluar melalui Tapah. Sepanjang perjalanan singgah sebentar di ladang Cameron Bharat, kemudian teruskan ke pekan Tahan rata.





Penginapan disediakan di Villa Dahlia berhadapan dengan padang golf, Apartment aku terdapat 3 bilik tidur yang besar-besar sedangkan aku pergi hanya 4 beranak sahaja, mulalah aku teringat pada 2 orang lagi anak aku yang berada di UiTM dan KPM Sri Iskandar, alangkah seronoknya sekira mereka juga turut berada bersama di Cameron ini. Aku syurkan pada isteri aku yang aku nak turun ke Sri Iskandar ambil mereka disana. Dia kata ini kerja gila, bukannya dekat nak pergi ke situ menghala ke Kg Raja turun ke Simpang Pulai, tapi aku betegas juga nak ambil mereka, jika tidak aku tak seronok bila mereka berdua tak ada bersama. Jadi isteri aku beralah turut juga bersama ke Sri Iskandar... Kedua2 budak tu cukup seronok bila tahu kami nak ambil mereka he....





Dalam perjalanan naik semula ke Cameron singgah di Pasar Malam Brinchang, banyak buah-buahanan tanah tinggi saperti Straw Barries, jagung, ubi dan berbagai2 lagi sayu-sayuran dijual dengan banyak dan murah.


MACAM SARDIN BILA 6 ORANG DALAM MYVI


WOW... SEDAPNYER...

Aktiviti hari keluarga hanya pada sebelah malam saja, diadakan permainan untuk orang dewasa, kanak2 dan karaoke. Enjoy juga..... Esoknya pergi ke Tanah Rata dan ke tempat MARDI.







Bestnya di Cameron ni udaranya sejuk dan nyaman... sehingga disabelah malam sewaktu tidur rasa macam nak tutup aircond tak tahan kesejukan, tapi mana ada aircond... Sampai rumah di Bangi pukul 11.00 malam kerana menghantar 2 orang anak tu ke Sri Iskandar semula. Minta tolong isteri aku drive dari Sri Iskandar ke R&R Tapah kerana terlalu letih. Aduh letihnya.... padan muka aku.. he...

8 comments:

  1. salam...
    saye pun bulan epas baru jer pegi cemeron tu...tapi bkn gi holiday, pasal kerja...my dept buat test drive...mmg seronokan kat sane...

    jeles la nengok en azmi & family bersuke ria kat sane...

    ReplyDelete
  2. ain> best le kalau U buat test drive panjat bukit tu ... mesti kona baring punyer bercerit-cerit tayar...
    Anak2 ni bila dah besar baru seronok berjalan tambahan pula ada camera, macam2 expresi ada..

    ReplyDelete
  3. tak tahan kalau ke Cameron... mesti lembik dan lunyai bila sampai atas atau lepas turun bawah... mabuk~!

    ReplyDelete
  4. Vic > dulu saya sebagai driver pun muntah jika ikut Tapah, tapi sekarang OK. Jalan yang mudah tampa bangkang-bengkok ikut Simpang Pulai

    ReplyDelete
  5. Letih pun berbaloi. Tidor malam leh senyum.

    Dah nama pun Hari Keluarga. Kalu boleh memang nak bawa seluruh ahli keluarga.

    anak dah besar-besar yaaa...

    *Saya tak pernah pegi lagi Cameron Highland seumur hidup. hehehe

    ReplyDelete
  6. AA > kalau tak pernah pergi CH... kena pergi walaupun sekali. Tempatnya best le jugak untuk relaxkan kepala

    ReplyDelete
  7. combi suka cameron sama sejuk macam kundasang jugak.betul tu kalau dari perak masuk ikut simpang pulai.tapi combi dah biasa jln zig zag ni sbb selalu pergi kundasang dan keningau.

    bro...jln ke keningau kalau dari penampamg mmg koner baring sehingga sampai tambunan baru jumpa jln lurus.wow mmg bravo lah!

    ReplyDelete
  8. Combi ni.. memang kaki berjalah ye.. Jalan kona-kona ni.. kalau naik bukit tak ikur belakang lori tak pe... tapi kalau ikut belakang lori dan bas ... sakit jiwa dibuatnye

    ReplyDelete