Malam tadi malam yang gembira bagi keluarga aku seolah2 berhimpun hari raya, kerana seluruh keluarga aku bertandang di rumah aku berbuka puasa.
Aku hanya ada 2 beradik sahaja, yong(kakak) dan aku. Anak aku yang 2 orang tu malam tadi baru dapat berbuka bersama kerana baru balik dari kolej disertakan dengan anak kakak aku 4 orang beserta menantu dan cucunya menjadikan rumah aku lengkap dengan seluruh keluarga aku yang kecil ini.
Pada hari raya nanti belum tentu kami berjumpa antara satu sama lain kerana masing2 beraya kerumah mertua masing2, termasuklah aku beraya ke rumah mertua aku.
Jadi menu aku malam tadi mee kari tulang, cucur udang kucai dan ditambah dengan kueh2yang dibawa oleh anak saudara2 aku. Yang gembiranya isteri aku ada pembantu di dapur dengan dua anak dara yang dah besar
Seronok, kan? Bila berkumpul sanak saudara, sepupu bertemu sepupu. Bertanya khabar, beramah mesra, makan bersama. Yang kecil berebut tempat, meriah dan makan pun berselera.
ReplyDeleteAA> memang seronok kerana keluarga saya ciput aje, orang tua dah tak ade jadi saya lah jadi orang tua pulak
ReplyDeletesalam ziarah dekat nak raya..
ReplyDeletepenjejak maya> thanks for visiting diharap raya ni memberi kegembiraan pada anda
ReplyDeletesalam kenal dari saye...
ReplyDeleteSelamat bergembira bersama keluarga tersayang dgn ucapan `SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN’.
selamat berkenalan juga dari saya dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteamboi... dah pre-raya rupanya...
ReplyDeletetakpe.. tak dapat jumpa raya, kita jumpa selepas/sebelum raya... janji dapat jumpa, ye tak?
Vic> Keluarga saya ni semua dah kawin dan ada hal masing2. Kadang2 di kampung tak bertemu tapi di KL pula yang bertemu semua
ReplyDelete