PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Sunday, November 28, 2010

Myvians di Jeram Toi

Hari Sabtu 27.11.2010 sepertimana yang telah dijanjikan Myvians berkelah di Jeram Toi Negeri Sembilan. Keluarga aku pagi2 dah bangun terutama sekali isteri aku yang beria2 masak macam2 kerana berjanji bawak PotLuck. Aku ingatkan satu jenis saja rupa2nyer ada Frankfurther, macaroni dengan supnyer, nasi, sambal tumis ayam, kari telur dan buah2an. Aku jadi susah hati bila melihat jam hampir pukul 9 pagi sepatutnyer waktu bergerak dari Restoran Makdo dekat Mines tapi banyak kerja2 masak belum siap lagi. Mujurlah Myvians ni buat janji melayu he....

Bergerak dari Makdo dalm pukul 10.00 pagi menunggu rakan2 lain yang juga lambat dan Convoi melalu Lebuh Raya Lekas. Besnyer highway ni kerana kurang kereta





Di Jeram Toi memanglah tempatnya dalam hutan dan atas bukit, sungainyer taklah berapa besar tapi yang besnyer kawasan itu dibuat dalam bentuk kolam yang luas maka bolehlah ramai berendam dalamnyer. Airnyer aduh... sejuk sangat sedangkan aku yang banyak lemak ini pun mengigil kesejukan. Lebih kurang 5 kaki dalamnyer, bila berdiri mencecah hingga ke tengkok saya. Jadi ramailah kawan2 Myvians yang buat berbagai2 aksi terjunan





Disitu juga semua buka bekal masing2 dan bertukar2 makanan disamping itu juga aktiviti BBQ membakar ayam yang telah disediakan oleh AJK. Sedapnyer ayam diaorang buat.... rasa macam satay.



Abu kergerak awal meninggalkan mereka dalam riang keseronokan kerana nak ke Melaka menziarahi anak saudara aku yang baru dapat baby.

10 comments:

  1. sesekali dpt keluar kota..rasa tenang je fikiran...

    ReplyDelete
  2. betul tu Acu .... hari2 tengok pejabat bercerita kisah yang sama saje. Sesekali biarlah keluar bertemu orang lain dan bercerita tentang hal lain pula.

    ReplyDelete
  3. Saya dan family selalu juga gunakan LEKAS tu utk ke Kuala Pilah, balik kampung.

    Tapi tak pernah tahu pasal Jeram Toi ni. Wahh best nyer tempat tu. Saya teringin nak pegi lah.

    Area sebelah mana tu bang?

    ReplyDelete
  4. AA> jika nak ke situ U kena keluar Highway Lekas pabila bertemu simpang ke Seramban/Kuala Kelawang.
    Kemudian terus menuju ke arah Kuala Kelawang....

    ReplyDelete
  5. sy suka ikut lekas time nak balik rembau, murah , x byk keta, relax :)

    ReplyDelete
  6. betul Su tak banyak kereta jalan itu mungkin ramai orang tak tahu...

    ReplyDelete
  7. salam tuan,

    acu nak minta laluan sikit daripada tuan & kawan2 semua..jom kita sama2 bantu blogger DJ Epoi..

    http://sephiasayang.blogspot.com/2010/11/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

    ReplyDelete
  8. salam ziarah...
    seronok nampak mandi manda kat sane tu...
    saye minggu depan baru nk kemelaka...tak sabar nk bercuti-cuti ni...

    ReplyDelete
  9. Ain > jalan jangan tak jalan masa cuti sekolah ni... nanti bila buka sekolah semua jadi tidak sempat....
    ada orang bercuti nak cari pantai
    ada nak cari sungai
    dan ada yang nak cari makanan

    ReplyDelete