PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Sunday, August 1, 2010

Sarawak Oh Sarawak



Hari ini aku berada di Kuching Sarawak mengadakan kursus JPP. Iaitu kursus untuk mereka yang ketika dulu kakitangan kerajaan dan kini dah swasta tapi belum lulus peperiksaan kenaikan pangkat. Oleh itu diusahakan membuat kursus untuk mereka diatas desakan union perkeranian dan posmen.
Bila naik flight ni aku mula susah hati mengenangkan 2 hari lepas sebuah kapalterbang penumpang Pakistan jatuh terhempas, walaupun mengikut berita kapalterbang itu masih lagi baru dan ini juga mengingatkan aku 3 tahun lepas bila aku buat kursus di Kuching selama 1 minggu kemudian pada Sabtunya hendak berangkat ke Miri kerana nak buat kursus di sana pula sebuah kapalterbang Gading Sari Airways terhempas di lapangan terbang kuching menjadikan aku terkandas di situ hampir seharian.
apabila landasan kembali OK semua penumpang dibenarkan naik pesawat mengikut siapa yang sempat dan jika ada tempat duduk. Kami 4 orang yang nak pergi ke Miri hanya ada 2 tempat kosong 1 di kelas ekonomi dan satu di kelas buisness. Jadi aku lepaskan 2 orang rakan aku pergi dulu. Hari dah semakin malam aku dan rakan aku saorang lagi ditawarkan oleh MAS menaiki pesawat ke Kota Kinabalu kemudain dari KK ada flight 8 mlm ke MIri tetapi perlu menunggu flight itu yang datangnya dari Singapore. Ketika itu memang musim hujan lebat giler..
Flight dari Singapore delay .... jadi aku tiba di KK pun delay. Di lapangan terbang KK ada kakitangan MAS menunggu aku nak berikan penjelasan dan mengatakan flight ke Miri sudah berlepas tak boleh menunggu kami. Kami ditawarkan penginapan di Shangrila Hotel KK dan semua ditanggung kerana flight ke Miri dari KK hanya 1 kali saja sehari, jadi esok malam pulak baru ada flight wahhhhh bercuti aku di KK Free... Selalunya perkara bergini aku dengar cerita orang saja , kali ini terjadi pada aku sendiri.
Yang bestnya itu lah pertama kali aku ke KK ditaja oleh MAS dari Kuching lagi makan ditanggung sehinggalah ke KK semuanya ditanggung.

No comments:

Post a Comment