Semalam aku bersama jurulatih2 lain ILPM buat lawatan ke NMPH di Shah Alam dengan tujuan Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan dengan proses kerja di NMPH, mendapat maklumat prosedur kerja yang akan dilaksanakan di NMPH serta mendapat gambaran dengan lebih jelas peralatan-peralatan yang akan digunakan di NMPH.
Tempatnya memang hebat dan luas kerana Pos Malaysia membeli bangunan kilang Matshushita dan mengubahsuai mangunan tersebut mejadikan tempat memproses surat terbesar dan menjadikan 80% guna tenaga mesin dan 20% sahaja guna tenaga manusia.
Seluruh bangunan ini dikawal dari Master Control Room dari mulai masuk pagar bangunan sehingga diproses dan seterusnya sehinggalah keluar kawasan bangunan. Bermakna CCTV terdapat dimerata penjuru dan perjalanan dituruti dengan Bar Code yang perlu swipe di tempat2 tertentu.
Kami diperkenalkan dengan Mail Processing Machine (MPM)iaitu mesin yang boleh mengisih surat sebanyak 30,000 item sejam. Mesin ini terdapat sebanyak 6 buah cuba banyangkan sekiranya mesin ini bergerak serantak dan beroperasi selama 24 jam hampir semua surat2 dalam negara ini boleh diproses. Mesin ini juga dihubungkan dengan tray convayer terpanjang yang boleh masuk Malaysian Book Of Record.
Kami juga diperkenalkan dengan Flat Sorting Machine iaitu mesin mangisih surat2 besar
juga mampu mengisih 30,000 item sejam. Mesin mematikan setem Culler Facing Canceller yang tidak lagi memerlukan jumlah tenaga kerja yang banyak.
Disini nampaknya kerjaya Posmen semakin berkurangan Jawatan Posmen Kanan dan Pengawas Posmen tak banyak semua diambil alih oleh mesin dan kapasiti mengunakan mesin boleh mengurangkan 200 tenaga posmen. Semua data2 dan kawalan dibuat oleh mesin
Woww.... camni rupanya dalam kilang menyusun surat...
ReplyDeleteSungguhpun di zaman IT & Teknologi ni ramai yang pakai emel... tp kaedah penghantaran pos masih pesat juga ye sampai kena beli bangunan matsushita. dahsyat!
vic,
ReplyDeletekesannyer ramai posmen hanya kerja hantar surat sampai ke tua. peluang naik pangkat diambil alih oleh mesin. Mesin2 ini mampu mengisih sehingga ke bit serahan di seluruh negara
cikgu azmi ko dari Pusat Latihan di bangi tue? Sy search pasal nmph dapek ke blog nie :D
ReplyDeleteSemakin jelas automasi dalam PMB. Ada pro dan kontra tapi untuk meneruskan PMb itu sendiri pelbagai cara perlu dilakukan.
Salam dari Shafiq (MPC Butterworth) dan Bicarahati.com.
Salam..
ReplyDeletekalau begitu kita harus membuat sesuatu jika perkara ini berlarutan nanti ramai posmen akan cabut akibat peluang kenaikan yg tipis.
Harus diingat walaupun mesin ini mengeluarkan lebih 30,000 pucuk surat sejam tapi yang menghantarnya SIAPA?......posmenkan! :)