Bila dalam bulan puasa ini teringat aku zaman sekolah dulu dimana kerajaan belum kuatkuasakan larangan bermain mercun. Betapa bebasnya aku main meriam carbide mengunakan tin susu yang ditanam dalam tanah sebagai larasnya dan ada kalanya aku mengunakan batang besi sebagai laras. Bunyinya berdentum dentam sambut menyambut dengan rumah jiran2. Saya juga buat pistol yang mana larasnya dibuat dari besi pengayuh basikal, pistol dimasukkan 2 mercun satu dibahagian belakang untuk dicucuh sumbunya dan 1 lagi dimasukkan di bahagian muncung pistol. Bila melatup mercun belakang, mercun depan terbang kehadapan dan meletup seolah2 pistol betul. Biasanya kami akan bermain perang2 mengunakan mercun.
Tak ada pun dimasa itu saya dengar orang putus jari ataupun kanak2 terpelanting hingga atas pokok disebabkan mercun. Tetapi dimasa sekarang ini bila undang2 begitu dikuatkuasakan banyak kes-kes putus jari berlaku. Perkara ini susah nak dikawal atau ada kepincagan dimana2. Kalau kerajaan menetapkan ada tempoh2 tertentu boleh bermain mercun kan ke best. Di musim perayaan ini mercun dapat juga dibeli dimana-mana dengan harga yang mahal. jika tidak ada rampasan dibuat dan ada kelongaran undang2 mungkin mercun dapat dibeli dengan harga yang lebih murah dan aku pun boleh juga tumpang sama he...
Sebelum ramadhan saya di Kuching, saya dapati banyak orang jual mercun terang-terangan dan tiada siapapun ambil tindakkan. Begitu juga di utara mercun boleh dibeli dengan mudah di Danok atau mana-mana pekan di sempadan, jadi lebih baik dilonggarkan ungang2 tu..... he....
Sebenarnya kita semakin advance.... masing2 nak jadi pencipta mercun terhebat... benda baru perlu ada eksperimen.. putus jari, buta mata tu semuanya asam garam eksperimen....
ReplyDeleteMalaysia Boleh~!!
betul vic, sekiranya semua orang main mercun mengikut peraturan tiada siapa yang akan cedera ini nak test power dapat le habuan
ReplyDeleteJika takda orang yang nak main, takkan la ada yg nak jual.
ReplyDeleteJika takda yang jual, tak mungkin lak kita dapat main.
Sapalah yang kena berenti dulu? hmmmmm
Azie - saya syurkan bagi orang main mercun dalam tempoh2 tertentu saja. Tengok masa raya cina lagi dahsyat mercun bunyi macam tak de apa2 undang2 pun...
ReplyDeletea'ah patutnya hari raya ok lah kan.macam kita dulu-dulu :)
ReplyDeletetapi masalahnya org kita ni lebih bijak dari pencipta mercun berlesen sbb mercun yg dorang buat sendiri bole putus jari tgn.ambek ko :(
Chombi> nampak gayanyer main bunga api aje lah dengan anak-anak.Nak beli mercun susah nak dapat. Silap2 kena tangkap he...
ReplyDeletemasa tu tak de internet buat c4 bang...
ReplyDeletesekarang dah ada
dulu tak de 3gp
dulu kita menghormati mercun yang hendak dibakar tampa ubah sui melampau
brutalsolo > TQ kerana singgah
ReplyDeleteye lah zaman sekarang ni banyak guru2 canggih mengajar