PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Wednesday, July 7, 2010

Hari-Hari Yang Memenatkan

aku cuti 2 hari (Isnin dan Selasa)kerana selesaikan hal anak -anak masuk kolej dengan hari-hari yang memenatkan.

Bermula dari malam Jumaat Hang Out Programme dengan group Myvians Gegarkan Putrajaya hampur 50 buah kereta konvoi ke Coffee Village, Port di sana bertemu rakan2 sambil berkenalan dengan ahli2 yang baru disamping itu juga layan Foot Ball Worldcup diantara Belanda dan Brazil tapi aku tak ambil port semua itu kerana dua2 team aku tak sokong (aku sokong Aegentina tapi kalah juga selepas itu). Disitu terdapat juga otai2 yang berkaraoke menghiburkan mengunjung dengan lagu2 60an dan juga dangdut. Kelako bila mendengar pakcik/makcik menyanyi dangdut rasanya dah tak sesuai buat kerja serupa itu.



Hari Sabtu pagi rutin biasa mingguan bawa kereta ke kedai basuh kereta sambil menikmati sarapan pagi dan baca paper bersama anak aku Wani (SK Tahun 4)aku nampak diani akhir2ni suka baca paper mungkin nak turun hobi aku kuttt berbanding dengan anak2 aku yang lain. Pukul 12 aku dah berjanji ke Metro Driving School melihat peserta kursus Pemanduan Berhemah disana bersama ZBO. Aku diberi peluang menaiki kereta Drift. Aku duduk dibahagian belakang siap dengan pasang talipingang keledar lagi manalah tahu silap2 terjadi sesuatu yang tak diingini. Berpusing2 kereta dan menjeri2tayar kereta dibuatnya tapi aku buat steady je.. seolah2 tade hallah tu...
Tiba2 boss aku tak jadi datang membuat mejlis penutupan, maka terpaksalah ZBO dan aku membuat majlis penutupan serta menyampaikan sijil dan hamper kepada peserta kursus




Hari Ahad sibuk bergegas ke UiTM Sri Iskandar Perak kerana anak perempuan aku nak masuk semester 5 tapi tak dapat Kolej... pening-pening. Aku usaha mengunakan cable yang ada supaya dia dapat juga kolej agar takde lah susah payah mencari rumah sewa. Orang yang suruh dihubungi tak de pulak kerana ada kematian keluarga aduh.... terpaksa anak aku tumpang bilik kawannye sementara menantikan hari Isnin.

Hari Isnin berada di Taiping (rumah aku sendiri) sibuk dengan persediaan anak jantan aku pulak nak masuk Kolej Profesional Mara di Sri Iskandar juga pada esoknyer. Banyak borang dan salinan yang belum disahkan maka carilah aku Pejabat Penghulu di Taiping, malangnya Pejabat ada Penghulu tiada dan bila ditanya pegawai yang ada tak tahu mane pergi penghulunya dan bila akan balik. Aaaaaaaaah masaalah lagiiii. Shopping aku di Taiping untuk keperluan masuk kolej aduhhhhh rabak akuuuuu apakan daya demi anak2.

Hari Selasa pagi daftar anak jantan di KPM, prosesnye dengan taklimat hampir pukul 2baru selesai. Sesudah itu pergi jumpa anak perempuan aku di UiTM rupanya berada di Cyber Cafe. Dia keluar dari situ lihat mukanya merah dengan linangan air mata aku rasa tentu ada sesuatu tak kena. Rupanya dia tersilap tidak save hasil kerja dia (mungkin kerana aku ganggu dia ke.... manjadikan aku serba salah). Untuk atasi masaalah dia aku tinggalkan modem Celcom aku pada dia untuk memudahkan kerja dia. Alamakk aku cadang nak potong modem itu akhir bulan iniiii terpaksa tanguh dulu. Pukul 9 malam baru sampai di rumah Bangi aduhhhhhhh letihnyeeeee. Esok aku ada kelas nak mengajar..... mati akuuuuuuuu

Hari ini pagi2 boss panggil aku suruh aku buat kursus di Kuching, Sarawak (4 hari 2 kelas serentak) bersama Dadak untuk kakitangan JPP pada awal Ogos. Aaaaaaaaaaaah lama tak naik kapal terbang. Tapi yang sakitnye nak sediakan modullll dan mahukan pada Jumaat niiiiiii. Mati akuuuuuuuu

2 comments:

  1. Amboi... semua anak2 tgh sibuk nak masuk IPT, mula2 nak masuk tu for sure mak bapak terlari budget skit kan?

    Amboii... nak ikut la pi Kuching. Tiba2 teringat kek lapis Sarawak.... uihhhhh sedapnya...

    ReplyDelete
  2. memang... 2 orang serentak apa yang ada korek habis..
    Nak pi Kuching ?? jom kita serang bandarnya makan mi kolokkkk

    ReplyDelete