PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Wednesday, August 11, 2010

DUA KUCHING



Aku rasa Bandaraya Kuching lah yang satu-satunya bandaraya yang ada 2 Datuk Bandar kerana satu bandaraya dibahagi 2 menjadikan Kuching Utara dan Kuching Selatan. Setelah bertanyakan mengapa boleh jadi begitu ...barulah aku tahu bahawa Kuching Utara ditadbir oleh orang Melayu dan Kuching Selatan oleh orang Cina.

Yang menjadikan aku timbulkan isu ini kerana aku terbaca berita Kuching Festival Fair 2010 yang sedang diadakan. Oleh kerana pada malam hari ada kawan2 aku nak bawa bersiar2 dan makan2, jadi aku cadangkan makan di festival tersebut. Jadi kami pergilah kesana dalam pukul 8 malam dan masa itu perutpun terasa lapar.

Terdapat berpuluh2 gerai menjual makanan tetapi.... hampir kesemua gerai terdapat babi bakar, babi goreng, sup babi, burger babi dan berbagai2 resipi babi dijual disitu. Minuman keras dijual berleluasa dan diminum dalam keadaan bebas. Pertunjukan pentas yang ada pun semuanya berbahasa cina.

Aku merasai Bandaraya Kuching ini tidak menjaga sensitiviti masyarakat majmuk negara Malaysia yang berbagai agama. Babi dan arak dijual dalam suasana terbuka seolah2 macam berada di Hong Kong.Jika di KL kita ada Petaling Street dan Jalan Bandar yang menjual benda2 haram itu terbuka, tetapi Di Kuching keseluruhan bandarayanya tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Maka kami pun beredar dari tempat tersebut mencari makan di Kuching Utara. Aku terfikir sekiranya berterusan terdapat 2 Kuching, selagi itulah suasana seperti Hong Kong itu akan berterusan.

1 comment:

  1. Dahsyatnya.... boleh jual babi secara meluas dan terbuka?
    Kalau berdekatan dengan peniaga Islam yang lain...
    yang halal pun boleh jadi diragui kan?

    ReplyDelete