Akhir2 ni badan aku semakin tidak sihat... disebabkan mengidap penyakit orang sekarang Kencing Manis. Hampir 8 tahun aku mengidap penyakit ini sehingga ada ketikanya pernah jururawat syurkan aku masuk hospital saja kerana kandungan gula aku terlalu tinggi. Tetapi aku buat dek.. aje kerana takut.... jarum :-)
Berbagai usaha lain aku lakukan seperti beli mesih vibrate kaki dengan lampu ultra dan disamping makan ubat kencing manis yang aku belikan di farmesi. Pandai2 aku jadi doktor sendiri. Kakak aku juga menderita penyakit yang sama. Semua usaha ini aku lakukan tampa putus asa sehingga akhir2nya aku rasakan kaki aku semakin kebas dan sakit adakalanya sepanjang malam aku tak dapat tidur manangung kasakitan.
Dua minggu lepas aku ambil keputusan membeli alat teraphy elektrik yang selalu dalam iklan Metro keluaran Al-Jabbar beralamat di kajang. Aku pernah dengar kebaikan mengunakan alat seperti ini daripada kakak aku jenama Alpha One tapi harganya terlalu mahal. Tujuan aku nak survay dulu dan nak cuba2 kalau mampu aku beli.
Semasa try dan kena ayat dari penjual, aku bertanyakan harga sebuah mesih tersebut, mak ai... RM 17,000 mana aku nak cari duit banyak itu .. rupanya ada pilihan kedua mesin yang lebih kecil dengan fungsi yang sama RM 6,000. Jadi aku fikirkan tiada lagi pilihan lain yang ada dalam mengatasi kesakitan yang ditangung. Guna Master Card terus bayar dan mesin itulah aku gunakan pula setiap hari hingga kini.
BENDA NI NAMANYA FAMILY DR
Alat itu boleh digunakan 2 orang dengan meletak pelapik tempat duduk untuk mendapat medan letrik sekurang2nya 30 minit. Kita dapat merasai letrik dibadan kita dengan getaran jika sentuh pada dinding dan jika sentuh orang lain dua2 dapat kejutan letrik yang kecil. Mesin ini ada High Voltage dan juga Negative Voltage
Alhamdulillah kesan yang ketara kaki aku tidak terasa sakit seperti dahulu, boleh tidur dengan nyenyak diwaktu malam walaupun kebas kaki masih terasa. Tidak lagi meminta pertolongan anak urut dan pijak betis. Jantung aku yang sebelum ini terasa seperti terkejut2 semakin kurang berlaku. Kasan gula dalam darah aku tak tahu kerana tidak jumpa doktor. takut jarummmmm
3 hari yang lepas wakil Al-Jabbar telefon aku nak ambil testimoni aku selepas mengunakan selama 1 minggu. Tapi aku tahan dulu kerana pada aku selagi kebas kaki aku belum pulih sepenuhnya, selagi itulah aku anggap mesin itu belum berjaya memulihkan aku sepenuhnya. Mengikut testimoni, mesin itu boleh mengubati berbagai2 penyakit kerana fungsinya membersih saluran darah yang ada dalam badan kita
Masa U sebut Family Dr saya dah agak ini mesti produk keluaran Al Jabbar tu. Betul lah, saya dengar produk depa ni memang bagus, ada kualiti. Keluaran tempatan, syarikat orang kita. Kat Kajang HQ dia.
ReplyDeleteSemoga segera sembuh...
Vic pun pernah try mesin ni... kalau kita tgh duduk atas alas tu.. suddenly org lain sentuh kita.. org tu pun akan kena aliran letrik juga kan? heheheheh
ReplyDeleteAA, Vic
ReplyDeletetak pasti lagi keberkesanan nyer, tapi ini salah satu usaha disamping berjumpa doktor. TQ atas sokongan
salam...
ReplyDeletetx singgah rumah combi.
diabetes tu dah daftar ke kat hospital?kena buat lawatan doc sebulan sekali tu bro.tak bole tangguh2 ni sebab nanti efek buah pinggang dan mata.
asal takut kena jarum nanti kalau gula tu dah tinggi terus kena injek sehari 3x.
pergilah...sebab jika gula masih dibawah paras 10.doc akan beri ubat saja dulu.
combi bukan tak percaya al jabbar tapi diabetes ni penyakit serius kena jumpa doc jugak.
Combi........
ReplyDeleteTakut.......
3 hari lepas jumpa doc paras gula saya 14 dia berikan ubat kencing manis esok tu pergi sekali lagi check dah turun 10
Salam..
ReplyDeletebrother saya kencing manis dan darah tinggi, makan ubat pun apabila sampai satu tahap tak reti2 nak turun...puasa pun 12 bacaannya. Dia cuba minum susu colostrum alpha lipid. Ejen tu pun pesan kalau setakat minum 1 tin tak akan menjd..tp sihatla, cergas etc...kencing manis and bp tak ketara jugak turun....lps tu dia cuba minum SD11...sama company dgn alphalipid...slim diet ni ejen srh minum 4 kali sehari sbb asalnya utk kuruskan badan.. bila kurus bdn byk penyakit akan 'hilang'. Brother saya hanya minum sekali sehari....amazing...kencing manisnya dari 13 turun jadi 7, dan bpnya dari 165 turun 135....pi la cari SD11 tu minum.. kalau blh minum dulu alphalipid tu dlm 1 tin...baru minum sd11. Dah ramai org dok cerita susu soya sd11 ni mmg baik...semuanya pemakanan kita...disamping solat yg khusyuk...