PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Tuesday, May 1, 2012

KURSUS NLP

Minggu lepas 3 hari dari 20 April hingga 22 April kemudian minggu ini tiga hari pulak 28 April hingga 29 April aku berkursus NLP di Priority-Sky Sdn Bhd, di Subang Jaya. Kursus Neuro Linguistic Programming (NLP) pada hari pertama aku jadi bingong kerana 99% guna bahasa orang putih. Faham 70% tak faham 30%. Aku bukannya teruk sangat inggerisnyer tapi bila istilah2 NLP tidak sama dengan apa yang ada dalam kamus bertambah aku pening. Hari berikutnya barulah aku boleh terima dan mulai faham sedikit demi sedikit.

Tugasan diberi, buat ujian dirumah sepanjang 4 hari break. Baca soalan tak faham apa yang dimaksudkan boleh agak2 saja. Tanya rakan2 kursus diaorang pun lebih kurang aku juga. jadi kami berbincang mana yang boleh jawab orang putih aku jawab orang putih, yang mana kurang aku belasah melayu. yang penting fill in the blank jangan biarkan kosong. Aku tahu yang marking mesti orang syarikat itu juga. Yang penting dapat sijil NLP certified from US. Kos kursus ini bukannya sedikit RM8,000 per head. Takkan nak gagalkan aku kot....

Peserta hanya 8 orang saja tapi kelas bagaikan nak rak riuhnya.









Kursus ini sangat berguna dalam kehidupan, perniagaan, latihan, pendidikan dan juga dalam therapy
Dalam kursus ini kami learn about interventations for effective living because it covers a range of techniques to rid you of old ineffective beliefs, behaviors and habits of thinking. Kita dapat mendalami kebolehan influence others, strategies for modelling expert performance and creating lasting change. Excel to be the best you can be.

Thursday, April 19, 2012

TRIP kELUARGA ILPM KE ULU DONG 23.07.2011

Aku saja nak update blog aku ini hanya untuk kenangan aku sewaktu membuat trip keluarga ke Ulu Dong Pahang pada 23.07 2011 dulu dimana aktiviti Menjejaki Bunga Farlesia, makan durian dan mandi sungai. Bestnyer dan rasa macam nak buat trip itu lagi

Antara yang turut serta

Lepas gian lama tak nyanyi hehehe...



Asyik mendengar rakan2 menyanyi..


Wani... Flying Fox!!!!


Sesipa yang pergi mencari Rsflisia semua dapat habuan pacatttt!!!


Boss aku makan durian ... cukup puas makan sehingga surrender


Air sungai mengalir jernih dan sejukkkkk ... puas mandi


Muka-muka orang yang mencari Raflesia


Una!! kat kaki ada pacattt..


Dalam hutan belantara pun sempat posing


Nak mencari raflesia kena naik Kubota. Kereta biasa tak mampu menaiki bukit yang curam. Macam nak kena lelong lah pulak

semua keletihan puas hati dan nak balik KL..

HARI KELUARGA ILPM 07.04.2012

Rasanya lama benar aku tidak menulis dalam Blog aku ni, hampir setahun. Bila Mahadir rakan aku katakan ada peserta kursus yang buka Blog aku dalam Makmal Komputer baru aku tersedar yang aku dah lama tak menulis.

Minggu lepas pejabat aku mengadakan Hari Keluarga di Golden Straits Villas Beach Resort. Aktiviti cukup hapening dan enjoy....

1 Petang aktivi sukanika anak2 dan mak bapak
Bena yang ditempah khas untuk aktiviti ini saja, banyak duit diaorang

Acara tarikh bola mengunakan gelong rotan.. susah jugak ye..


Ini best .. passing getah gunakan straw dan mulut hehe..


bergambar beramai2 depan resort



2. Malam BBQ, Makan Malam, aktiviti penyampian hadiah, cabutan nombor bertuah, tukar2 hadiah dan Karaoke hingga 12 malam


Mereka di bahagian BBQ, TQ sahabat2 ku..


Malam itu semua orang bergembira kerana mendapat hadiah, yang main 1 game dapat 3 hadiah pun ada kerana tak tahu siapa yang punya nama hehehe..




3. Esoknyer aktiviti bebas, ada yang mandi pantai, ada yang bersantai dan ada yang mandi kolam renang

Anak aku ni kalau bergambar mesti buat jari peace


Apa yang dibincangkan oleh En. Mok dengan Rambo tu...


Bersantai di tepi pantai sehingga ke perkampungan nelayan. Memang indah permandangan disini.



mandi pagi hanya di kolam renang saja

Wednesday, April 27, 2011

Berjaya Times Square Hotel 18.04.2011

Lima hari aku jadi penilai kandungan Kursus Penyeliaan PosNiaga yang dibuat oleh Focus Learning bertempat di Berjaya Times Square Hotel. Dari 18 April hingga 22 April.

Meletihkan kerana hari-hari terpaksa berulang ke situ dari Putrajaya, keluar awal pagi dan sampai rumah 8 malam. Semuanya gara-gara menghadapi jem menuju Bkit Bntang.

Hari pertama aku tinggalkan kereta aku diTerminal Selatan di Bandar Tasik Selatan dan naik LRT menuju Jalan Hang Tuah, sambil-sambil itu aku tinjau kalau ada tempat parking yang sesuai dan free berhampiran hotel tersebut. Ternampak aku tempat perking kakitangan Polis Jalan Hang Tuah. Esoknya dan hari seterusnya bawa kereta dan parking dalam kawasan Polis tak ada siapa tahu yang aku bukan anggota Polis hehe...

Hotel ini 5 bintang dan layanannya memang World Class. Makanan... memang sedap, kopinya pun juga sedap. Tak ada yang tak sedap semuanya sedap he..he..






Lima hari aku di sana, lima hari aku ke Lawyad komplek yang menjual beranika alat-alat letrik dan gedget. Beli Hangphone, sepaker komputer, dan presenter.... hampir seribu duit aku habis kat situ...

Sekarang inipun masih pasang niat nak pergi ke situ lagi.... ternampak-nampak dalam kepala external hard disk ahhhhhh rabak aku...

Sunday, February 6, 2011

Cameron Highland II

Buat kawan2 sepejabat aku Mastazaliza serta suami, Hj Hazli sekeluarga, Hj Aziz sekeluaga, Roshidah sekeluarga, Rusnah sekeluarga, dan Dadak sekeluarga....

Aku tuliskan tajuk CH II bukan apa, kerana aku baru saja pergi ke Cameron Highland dengan keluarga aku tetapi setelah aku masukkan gambar2 dalam FB dan cerita dalam Blog aku, kawan2 pejabat aku minta aku bawa mereka ke CH convoi beramai2 ke tempat yang sama. Walaupun berat rasa nak pergi tapi mengenangkan kawan2... pergilah juga.

Merekalah berusaha mencari Hotel dan tempah penginapan, merekalah menentukan tarikh perjalanan
pada Sabtu Ahad sebelum Raya China.

Bertolak awal pagi dari ILPM Bangi. Convoi 5 buah kereta ke R&R Rawang di sana 2 buah kereta lagi menunggu menjadikan semua 7 buah kereta yang akan menerjah naik ke Cameron Hingland melalui Tapah.

Hujan 2 hari berturut2 tanpa henti. Sejuknya hingga ke tulang hitam, baju sentiasa lembab dan kami balik melalui Simpang Pulai, tiba di rumah dalam pukul 8 malam

Perjalanan enjoy !!!!!








Sunday, January 16, 2011

Lesen Memandu

Ini nak ceritakan tentang kesan dari Malaysia menang bola dengan Indon.

Bulan Disember 2010 aku jadualkan 2 orang anak aku mengambil ujian memandu kereta berkesempatan dengan cuti semester. Jadi ujian memandu ditetapkan pada 31.12.2010.



Bila Malaysia menang bola piala Suzuki aku lah diantara mereka yang menjerit kegembiraan kerana Malaysia menjadi juara buat pertama kali bagi piala tersebut. Tup-tup PM istihar cuti pada 31.12.2010 meraikan kejayaan tersebut. Ini telah menjadikan aku antara yang cukup bengang dengan keputusan tersebut kerana ujian memandu pada hari tersebut dibatalkan oleh JPJ dan ditunda pada minggu berikutnya.



Minggu berikutnya Januari 2011 dimana kedua2 anak aku dah masuk kolej dan jika tidak hadir dikira tidak berjaya. Bukannya senang anak aku nak balik semula dari Sri Iskandar, Aaaaahhhh kenapale kakitangan JPJ tidak diberikan OT saja atau diberi cuti ganti seperti Kelantan dan tetap bertugas pada hari tersebut kerana appointment telah dibuat. Bengang aku sampai kemucak bila aku hantar e-mail kepada PM meluahkan ketidakpuasan hati aku. Tak pasti samaada PM baca ke tidak.

Minggu berikutnya kedua2 anak aku terpaksa balik ke KL memduduki ujian memandu dengan ponteng kuliah. Jika tinggalkan ujian begitu saja aku terpaksa keluarkan belanja lagi untuk duduki semula.



Alhamdulillah.... mereka lulus dengan sekali ujian tanpa aku duga. Mungkin ada hikmah disebalik itu, mungkin jika mereka ambil ujian pada 31.12.2010 mungkin mereka tak lulus. Jadi semua marah aku terubat bila mereka lulus.

Masaalahnya sekarang anak aku dok minta nak bawa kereta Myvi kesayangan aku....Aaaahhh sayang.... takut jadi apa-apa hehe..