Ini nak ceritakan tentang kesan dari Malaysia menang bola dengan Indon.
Bulan Disember 2010 aku jadualkan 2 orang anak aku mengambil ujian memandu kereta berkesempatan dengan cuti semester. Jadi ujian memandu ditetapkan pada 31.12.2010.
Bila Malaysia menang bola piala Suzuki aku lah diantara mereka yang menjerit kegembiraan kerana Malaysia menjadi juara buat pertama kali bagi piala tersebut. Tup-tup PM istihar cuti pada 31.12.2010 meraikan kejayaan tersebut. Ini telah menjadikan aku antara yang cukup bengang dengan keputusan tersebut kerana ujian memandu pada hari tersebut dibatalkan oleh JPJ dan ditunda pada minggu berikutnya.
Minggu berikutnya Januari 2011 dimana kedua2 anak aku dah masuk kolej dan jika tidak hadir dikira tidak berjaya. Bukannya senang anak aku nak balik semula dari Sri Iskandar, Aaaaahhhh kenapale kakitangan JPJ tidak diberikan OT saja atau diberi cuti ganti seperti Kelantan dan tetap bertugas pada hari tersebut kerana appointment telah dibuat. Bengang aku sampai kemucak bila aku hantar e-mail kepada PM meluahkan ketidakpuasan hati aku. Tak pasti samaada PM baca ke tidak.
Minggu berikutnya kedua2 anak aku terpaksa balik ke KL memduduki ujian memandu dengan ponteng kuliah. Jika tinggalkan ujian begitu saja aku terpaksa keluarkan belanja lagi untuk duduki semula.
Alhamdulillah.... mereka lulus dengan sekali ujian tanpa aku duga. Mungkin ada hikmah disebalik itu, mungkin jika mereka ambil ujian pada 31.12.2010 mungkin mereka tak lulus. Jadi semua marah aku terubat bila mereka lulus.
Masaalahnya sekarang anak aku dok minta nak bawa kereta Myvi kesayangan aku....Aaaahhh sayang.... takut jadi apa-apa hehe..
bro...anak bujang combi sehingga kini belom lagi sempat ambek lesen kereta.masa tunggu SPM dulu dia kena pergi PLKN.balik dari situ result dah keluar.sekarang dah masuk kolej.tatau bila dapat ambek lesen ni.tapi dia memang kena ada lesen memandu sebab nanti senang nak urus diri sendiri bila kena pergi buat praktikal kat sekolah.
ReplyDeleteanak dara combi pulak,abah dia belikan kereta so far alhamdulilah dia dah berdikari dan bila balik ke rumah hujung minggu dia lah drebar kami :)
Combi > kita kena setkan sewaktu depa cuti panjang baru boleh belajar Driving atau pun bagi depa belajar dekat-dekat kolej
ReplyDeleteaduh............. susahnya bro
ReplyDeleteBang, anak dara saya sudah boleh memandu tetapi tak ambil lesen lagi sebab ada saja halangan. Masa Diploma dulu langsung takda cuti sebab cuti sem cuma seminggu.
ReplyDeleteSekarang dah sambung belajar pun tak sempat pegi lagi. Saya biar saja dia adjust time dia sendiri.
Ehhh... baru teringat. Anak Abang pun Kampus Sri Iskandar ya. Samalah dengan anak ke-2 saya...
Alhamdulillah... lepas ni azmi kena siapkan duit beli kereta baru untuk anak2 la... itupun kalau sayangkan MYVI tu... kalau tidak, silap2 nak guna MYVI bapaknya kena booking awal2 dulu. hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah...kalau sayang kan MYVI tu kena la cari kereta baru seperti kata VIC..hehehee
ReplyDeletePanglima Muda (PM) > Memang susah, takde lesen nak lesen bila dah ada nak kereta... matiii
ReplyDeleteAA > Anak perempuan saya A&D di Sri Iskandar semester 6. Macam maner dia boleh lulus ujian pun tak tahu.. try bawak Myvi kerja mati enjin aje he..
Vic @ Acu > lepas ni kalau dia orang nak bawa kereta saya berikan Unser buruk saya tu... budak2 sekarang nak yang glamour aje.
itulah kan, hidup kita ni penuh persoalan. tapi lega bila segala soalan terjawab :)
ReplyDelete