PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Wednesday, May 29, 2013

Tasik Kenyir Resort 25.05.2013

Aku teruskan perjalanan dari Gambang Water Park dan tak pasti mana nak tuju ... mungkin Kuantan mungkin Cerating .... masih sembang-sembang mana nak tuju sedangkan kedua-dua tempat itu telah pernah kami pergi. Timbul idea bagaimana kalau kita ke Tasik Kenyir yang belum pernah kita pergi. Apabila tengokkan peta .... Ya Allah jauhnya bertolak pukul 1 bila nak sampai ni...... aaahhhh pedulikan pukul berapa sampai pun tak kisah. Telefon Nawawi di Terengganu dia kata lebih kurang 3-4 jam jika dari Kuantan.

Sebenarnya perjalanan cukup meletihkan, jalan bengkang-bengkok, sempit... susah nak memotong apabila ada lori di hadapan. Dalam fikiran tiada apa lagi yang bermain melainkan bila nak sampai niiiii.... Boring memandu.. tukar driver dengan Hilal. Pemandangan tak ada yang menarik hanya kelapa sawit dan hutan aje...  Sampai di Tasik Kenyir dalam pukul 6.30 petang.

Tanya orang di situ hanya ada Tasik Kenyir Resort saja, resort yang lain-lain ada di pulau-pulau. Hari dah petang takkan nak ke pulau pulak esok dah nak balik. Masa terhad. So aku check-in di situ. Tanyakan harga satu chalet untuk 2 orang menginap RM288. Aku nampak Resort ini dibawah DRB Hicom jadi aku cuba tanyakan sekiranya ada discount untuk kakitangan di bawah DRB lalu aku menghulurkan kad aku yang ada tertulis DRB Hicom tu.. Wahhhh untuk kakitangan DRB dia charge aku RM160 je. Murahnya ... aku ambil 2 chalet.

Tiada siapa yang menyambut
Hanya telefon yang menunggu
Sebenarnya sesampai saya ke resort ni tiada orang yang sambut yang ada hanya telefon. Tercari-cari nak rujuk pada siapa ni.... Rupanya kena guna telefon tu hubungi receptionist dan ada kereta Buggy yg datang membawa ke Front Office. Kawasan itu kereta parking di bawah bukit, pergerakan hanya menggunakan buggy menjemput dan menghantar kita ke mana saja.
Naik Buggy ke Front Office
terpegun menikmati keindahan panorama
Wah, pemandangan seperti lukisan!
Poyo!!
landskap yang cantik
Chalet-chalet yang ada di celah-celah pokok, di cerun-cerun dan di atas bukit. Suasana seperti dalam hutan dengan pemandangan Tasik Kenyir. Nampak seram jugak kerana cahaya pun suram dah hampir-hampir senja. Bila masuk saja dalam Chalet itu macam antara 2 darjat cantiknya... bestnya.... hilang perasaan meragukan tadi.
Inilah rumah kami.... seram tak..
Nak keluar makan malam
Wah, luar dan dalam macam antara dua darjat!
Ini untuk saya dan isteri. Nyaman sekali
Malam makan tiada pilihan hanya di restoran dalam tu.... order ala-cart  untuk jimatkan belanja tapi habis juga RM100 lebih. Daging Black Paper RM30, Chicken Chop RM16, mee goreng mamak RM14 Ice lemon Tea RM9 kopi, nescafe dan milo RM8.
Menunggu makanan siap
tu... dia...
ni harganya RM30
ingatkat yang bancuh punya rupanya dalam tin
Sarapan pagi untuk dua orang , buffet RM25 sorang yang 4 orang lagi ada kupon makan. (pengajaran .. lain kali bawalah makanan sendiri roti ke apa ke yang simple-simple untuk lapik perut saja.
semua pergerakan mengunakan kenderaan ini, melainkan jalan kaki

Sarapan pagi
Keindahan di pagi hari
pemandangan dari varendah
Jalan menuju ke jeti resort
Jeti resort - boleh memancing di sini
kolam renang pun ada
 Posing dengan pinano hehehe..
Aku Check-out pukul 11.30 pagi kerana cadangnya nak naik bot melawat tasik dan pulau-pulau. Harga bot RM100 bawa ke Pulau Herba. Di pulau itu pekena Air Tongkat Ali, Air Kacip Fatimah dan Air Mahkota Dewa. Aku tak pasti khasiatnya belasah aje.
perkhidmatan bot dan penginapan boleh runding disini
Tak tahu mana arah tuju tengok disini
Jeti Tasik Kenyir
hepi nampak..
Pemandangan dari arah tasik - Tasik Kenyir Resort
Rumah Bot yang disewa pemancing
Tengah tasik pun ada tunjuk arah
Pulau Taman Herba
pelawat dijamu dengan air-air akar kayu
Herba di rebus mengunakan periuk tanah  dangan cara tradisional
diakhir lawatan ke Pulau Taman Herba
Bertolak balik lebih kurang pukul 2 petang tapi menyinggah juga sekejap di Water Fall Sekayu sekadar mengesahkan pernah sampai tempat itu hehehe tak masuk kerana faktor masa..... dalam fikiran tiada lain jauhnya lagi perjalanan dan bila pulak nak sampai KL ni......
Walaupun tak masuk dapat bergambar di luar pun jadilah
Perjalanan pulang kereta banyak, hujan lebat, minyak kereta hampir kehabisan stesyen minyak semua sesak dengan kereta ... tiada pilihan lain melainkan keluar highway masuk bandar Temerloh mencari stesen minyak dan sembahyang jamak qasar siap-siap kerana perjalanan jauh lagi nak sampai. Pekena Mc D di pekan Temerloh pada jam 8 malam sempena menyambut birthday Hilal yang ke- 21 tahun. Dah besar anak kedua aku ni...

Lepas makan perjalanan diteruskan, masuk semula highway Pantai Timur highway pulak mula jem bila kereta bertemu dari arah Pahang dan Kelantan semua laluan penuh termasuk laluan kecemasan. Aaaaah boring nyer bawa kereta.....

Alhamdulillah selamat sampai rumah di Putrajaya labih kurang 12 malam






















7 comments:

  1. enjoy dgn cerita encik..actly tgh survey2 nk ke tasik kenyir. bw baby..ank2 pun kecil lg. jrg bercuti pun sbb husband bz dgn bisnes dia..

    ReplyDelete
  2. kesimpulnye...kn spend byk utk bercuti..

    ReplyDelete
  3. Best bca..blh buat rujukan nk g honeymoon

    ReplyDelete
  4. Best bca..blh buat rujukan nk g honeymoon

    ReplyDelete
  5. Cuba try pulau redang.dgn pekej 3h2m pasti memberi kenangan indah
    Berminat bleh hubungi sy di no ini:
    0179799773 atau bleh lawat page sy
    Fb,holiday runner

    ReplyDelete
  6. hi. anything about the Lake Kenyir Resort Taman Negara, you can ask or contact me by nooratikahn@gmail.com or by my contact number 013-9663707. tq :)

    ReplyDelete