Aku menetapkan pada keluarga, hari ini kita sarapan pagi di Genting Sempah. Nasib baik MRR pada waktu pagi ni jalan tak jem. Perjalanan lancar.
kita singgah sini minum dulu!!!!!
Warung buah berangan untuk kudap-kudap semasa memandu
Buah Berangan Genting Sempah
Dah menjadi tradisi aku , apabila sampai kat sini mesti nak beli buah Berangan kerana hampir semua ahli keluargaku menggemari buah ini. Harganya jangan terkejut RM18 sekilo masih boleh dikira murah dibandingkan kat Melaka ,Pantai Kelebang RM30 sekilo lagi cekik darah.
Nasib menyebelahi aku dapat apartmen Carribean berharga RM500 lebih termasuk pakej Water Park, Night Safari dan makan pagi untuk 4 orang. Sebelum itu aku pergi ke Apartment Arabian semuanya fully book.
Carribean Bay Suites Bukit Gambang Resort City
Masuk je bilik terus arah semua anak-anak sembanyang Jamak Qasar kerana lepas tu pergi mandi- manda sehingga kecut dan sehingga diarah keluar (waktu dah tamat)6.30 petang .
pintu masuk ke water park
yeh!!!! semua dapat gelang
Untuk makluman ... jika dibandingkan dengan Sunway Lagoon dan Bukit Merah Lake Town di sana lagi hapenning banyak lagi mainan yang ada. Di sini boleh lah .... dah masuk teruskan saja lah.
Untuk makluman ... jika dibandingkan dengan Sunway Lagoon dan Bukit Merah Lake Town di sana lagi hapenning banyak lagi mainan yang ada. Di sini boleh lah .... dah masuk teruskan saja lah.
menuju ke arah permainan air yehhh!!!
muka yg penuh gembira
kurang bergambardalam Water Park kerana camera simpan dalam lockerMalamnya aku cadangkan pada keluarga makan di Tanjung Lumpur ikan bakar petai. Perjalanan lebih kurang 30 km. Bila sampai situ mak aiiiii ramainya orang, nak parking kereta pun susah. Tapi masih ada ruang lagi untuk kami ... Barai RM128 Ikan Kerapu dan Ikan Merah buat bakar dengan petai, kangkong masak ikan masin, sotong celup tepung dan air sirap limau 1 jug.
Hanya tinggal daun pisang, tulang dan pinggan saja hehehe....
pakai telefon besar sangat kan susah tu...
Una nanti kena berak unta!!!
Tidak dibenarkan masuk!! Safari mula pukul 2 petang !!... apa ni, pada tiket tertera waktu masuk pukul 10 pagi hingga 11 malam. Aku mula naik angin minta wang dikembalikan. Tapi tak dapat... walaupun mengakui kesilapan pada tiket cetakan lama tapi hanya mampu ganti dengan complimentary tiket untuk masuk pada bila-bila masa dalam satu bulan.. aku tak peduli taiming perjalanan aku dah terganggu. Bukannya senang aku nak datang lagi ke Gambang ni.Aku terus pergi ke bahagian Apartment Carribean minta kembalikan wang aku kerana dia orang yang anjurkan ambil bilik dengan pakej dan dia orang yang keluarkan tiket tu (tiket lama). Aku rugi bukan sedikit seratus lebih jugak... duit tu.... Penyelia dia keluar mohon maaf kerana kesilapan dia orang tapi wang tidak boleh dikembalikan dan minta agar saya terima dan digantikan dengan makan tengah hari. Saya kata nak bagi lunch kena bagi untuk 6 orang .... dan diapun setuju. Tapi dalam hati aku tetap juga bengkak kerana perut masing-masing masih lagi kenyang baru makan pagi.. tapi daripada tak dapat apa ...makan jugalah..
perut masih kenyang kena makan lagi
Anak-anak... makan banyak-banyak kta dah tertipu
Seterusnya destinasi yang tak pasti........... tungguuuuuu......
Haha bes2
ReplyDelete