PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Friday, May 31, 2013

Langkawi 23.03.2013

Pagi Sabtu 23.03.2013 aku ke Bank Simpanan Nasional UPM untuk keluarkan wang sambil itu nak hidupkan road tax serta bayar bil di Pejabat Pos UPM. Tiba-tiba mesin ATM tersangkut dan kad tak mahu keluar. Alamak.... aku nak guna duit nak ke Langkawi hari ini macam mana ni.... Rupa-rupanya baru aku tersedar yang aku termasuk dua kad sekali ke dalam  mesin ATM. Kad BSN dan kad CIMB melekat. Aku minta tolong staff BSN. Mereka dah cuba pusingkan alat di dalam tu tapi tak berjaya melainkan dengan adanya juruteknik. Terpaksalah aku tinggalkan kad aku pada kakitangan BSN dan mereka akan call aku sekiranya dapat keluarkan kad aku.

Balik rumah dalam keadaan hampa dan mungkin tak jadi ke Langkawi mungkin ada hikmahnya. Selepas tengah hari, tiba-tiba aku dapat panggilan dari staf BSN suruh ambil kad aku yang sudah berjaya dikeluarkan oleh juruteknik mereka yang kebetulan melalui kawasan itu. Alhamdulillah bergegas kembali ke BSN Serdang dan keluarkan wang.

Aku membuat keputusan petang itu juga berangkat ke Kuala Perlis kerana masa yang ada terlalu suntuk dan perjalanan tidak boleh dilengah-lengahkan kerana jarak ke Kuala Perlis sangat jauh dan tak tahu pukul berapa akan sampai. Sesampai di Kuala Perlis dalam pukul 1 pagi, badan pun letih dan mencari tempat penginapan. di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.

Pagi 24.03.2013 selepas sarapan di Pekan Kuala Perlis , terus 'booking' tiket untuk ke Langkawi. Teringat kat anak aku sorang lagi yang berada di Melaka dengan projek buka kios di Tesco Melaka bersama rakannya KPM. Dia tak dapat ikut sebab ada projek entrepreneurnya.

Sewa kereta di Jeti Kuah, Proton Wira Aeroback RM150 untuk selama 3 hari. Mencari tempat penginapan di Pekan Kuah kerana cadangnya malam pertama di Langkawi dan tidur di pekan. Cari punya cari dapat untuk sewa 1 malam saja Ros Motel (tak pasti namanya). Sudah pasti dapat penginapan baru meronda ke bahagian-bahagian lain pulau sehingga ke Pantai Cenang.

Sambil itu juga mencari untuk penginapan untuk malam esok di Pantai Cenang. Akhirnya dapat di Adina Drive In Motel, sememangnya target pada 26.03.2013 aku nak temgok kapal terbang di Padang Mat Sirat. Walaupun tak boleh masuk.... duduk di tepi pagarpun pun 'orait' juga.

Esok paginya, 25.03.2013 selepas sarapan 'check-out' simpan barang-barang dalam kereta kerana bercadang nak melawat ke pulau-pulau menaiki bot laju - bayaran RM30 seorang.

Yahoo!! naik bot pergi pulau.  Dalam perjalanan kelihatan bot-bot berlabuh di jeti.
Berangan aku sekejap sekiranya aku dapat memiliki bot ini kan best!
Destinasi pertama ialah Pulau Beras Basah
Dalam perjalanan kelihatan kapal TLDM
Kapal APMM
Pantai Pulau Beras Basah
Penghuni tetap pulau Beras Basah
Pemandangan indah pantai yang berteluk
Pantai Beras Basah yang putih melepak, halus seperti tepung dan bersih.
Gambar kenangan bukti telah sampai di sini
Main air di sebelah bot yang bukan kita punya. 
Menyesal tak dapat mandi sebab pakai ' cantik' sangat.
Hilal ni pantang jumpa air mesti nak berendam...
Berenang bersama ikan-ikan tapi penakut ikan
Ikan-ikan yang jelas kelihatan di dalam air
Menyusuri di tepi-tepi pulau batu menuju ke kawasan helang
 Melawat kawasan burung helang
Helang menyambar perut ayam yang diberi oleh pemandu bot
Kemudian  singgah di Pulau Dayang Bunting
Bot-bot pelancong singgah di sini dan kami diberi 1 jam 
Sangat keletihan memanjat rabung bukit yang curam kemudian menurun ke arah tasik, tetapi kerana semangat ingin tahu terpaksa gagahkan jugak walaupun dada rasa macam nak pecah.
Keletihan mendaki dan menuruni bukit
Kelihatan Tasik Dayang Bunting dari atas
Yes, dah sampai !
Tak sah jika tak terjun dalam tasik ni...30 meter.
Cantik pemandangan
Bergambar kenangan mengesahkan kedatangan
Dalam perjalanan balik, bot yang dinaiki menghadapi masalah air yang memasuki ke dalam bot dan bot semakin berat nak bergerak memerlukan minyak yang banyak sehingga kehabisan minyak. Bot mati di tengah laut........ terpaksa menunggu bantuan tiba hampir 1 jam lebih. Best!!! trill enjin mati, bot dibawa arus dan dipukul ombak kecil ( alun ) yang terumbang-ambing apabila ada bot lalu sehingga hampir melanggar batu-batu di tepi pulau. Aku 'cool' je sebab nampak orang lalu lalang.  Kami melambai-lambaikan tangan meminta bantuan tetapi 'depa' ingat kami saja-saja kot.... depa membalas lambaian sambil berlalu pergi. 
Bot-bot yang singgah bertanyakan khabar
Apabila sampai ke pengkalan semula, kami terpaksa membeli gambar kami yang telah siap ditampal pada piring. Kami tidak minta pun ditangkap. Terasa macam dirompak secara hormat. Bedebah punya orang tu..... sekeping RM10 kalau lima dah berapa.... Isteri aku tak sampai hati nak tolak. ..RM50 bye...bye. Kenangan.
Terkena....
Selepas itu, terus ke Porto Malai tempat di mana pameran Maritim akan dilaksanakan. Jadi kami sempat berposing dengan helikopter . Mereka dalam proses penyediaan untuk pameran bermula esok.
Masa ni lah nak berposing... orang tak dak lagi.
Yeee!!! heli APMM dari Subang
Tengah memeriksa heli TLDM dari Lumut
Berangan kejap nak jadi pilot
Petang, ke Langkawi Cable Car cadangnya nak merasa naik, tapi tak kesampaian kerana dah petang jadi kami berlegar saja di kawasan itu.
Ruang mengambil tiket Cable Car
Tak dapat naik tengok pun jadilah
Posing nampak !!
ambil nafas setelah penat meronda
Dah senja, dalam perjalanan ke Pantai Cenang singgah sebentar di Marina Lagoon kerana terpegun melihat keindahan tempat itu dan deretan kapal-kapal layar yang berlabuh di situ.
Tanggal 26.03.2013 (Selasa) hari terakhir kami di Langkawi dan juga hari bermulanya LIMA 2013. Hari pertama orang ramai tidak dibenarkan masuk jadi  kami hanya 'port 'di luar pagar landasan lapangan terbang mencari tempat-tempat yang strategik. Sayangnya aku tak ada 'telescopic lens' jadi shot yang aku dapat hanya gambar biasa aje.
Tak dapat menonton sampai habis kerana masa dah tiba untuk balik pukul 3 petang menaiki feri di Jeti Kuah menuju ke Kuala Perlis. Perjalanan dan sampai di Putrajaya pada pukul 2 pagi ,27.03.2013.















No comments:

Post a Comment