
Bila buat lawatan ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah Kajang menyerahkan sumbangan kakitangan Institut Latihan Pos, tersentuh perasaan aku mengenangkan nasib kanak2 disitu. Teringat aku bait2 puitis dari lagu Suratan olehTommy J Pisa
Ingin ku menangis
Saat kuterpaku
Mengenangkan nasib
Diri yang tiada erti
Tak pernah kunikmati
Megahnya duniaTerdapat kanak2 yang tiada emak dan ayah, ada kanak2 yang diselamatkan daripada dijual di Thailand, ada kanak2 yang campuran bangladesh/malaysia, Myanmar/Malaysia, Indon/Malaysia yang mana mereka ini ditinggalkan oleh ibu/bapa. Tersentuh hati aku bila mengenangkan semasa kecil aku tak pernah kehilangan kasih sayang dari ibu/bapa, malah mendapat kasih sayang yang penuh sehingga aku beristeri dan mendapat anak. Terputusnya kasih mereka setelah pemergian mereka mengadap Allah SWT.

Betapa sedihnya kanak2 ini tidak menikmati sepertimana aku nikmati, kasih, sayang kemesraan, gurau senda dan belaian ibu/bapa. Jika ada masaalah aku boleh memujuk, mengadu dan merujuk. Apa yang diminta semuanya dapat Semua ini tiada pada mereka, sekiranya ada masaalah pandai2 mereka selesaikannya sendiri atau pendamkan saja apa yang diingini kerana tiada tempat untuk mengadu.

Mulia sungguh hati mereka yang membuka pusat penjagaan ini. Bukan mudah kendali seramai 62 orang kanak2 yang berbagai2 latar belakang. Kita yang anak sendiri 4 orang pun masih gagal mengawal budi pekerti mereka inikan pula seramai itu. Allah sahaja yang dapat membalas usaha mereka ini. Perbelanjaan bulanan pusat ini sebanyak RM 30,000 terpaksa dikeluarkan bagi menampung kos makan dan lain2. Semuanya ini bersandarkan pada sumbangan ikhlas orang ramai.