PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Friday, June 7, 2013

Graduation 07.06.2013

Bangun! Bangun! Kalau nak ikut... bangun cepat,.Isteri aku dah bising kepada anak-anak. Pukul 7.15 pagi kita kena bergerak sebab 7.30 pagi kena bersedia untuk upacara konvokesyen.

Tahniah buat isteriku yang telah bertungkus lumus, berkorban masa dan wang ringgit selama 4 tahun dari Nov 2008 sehingga Dec 2012 bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dangan Kepujian Sains Pendidikan Rendah (PGSR), bertempat di Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Teknik.

Hari ini merupakan kemuncak pencapaian usaha beliau di mana upacara konvokesyen diadakan di Putrajaya International Convocation Centre (PICC). Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Oleh itu, aku menyuruh Nadiah dan Husna masuk ke dalam dewan manakala aku, Wani dan Hilal berada di luar melihat skrin besar.
Arah tuju ke majlis konvokesyen
Bergambar bersama keluarga tersayang
Aku hanya menonton upacara di skrin besar di luar
Kenangan di dalam Dewan Plenari 
 Berlatar belakangkan pentas konvokesyen
Penyampian Ijazah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan dua, P.Kamalanathan

Majlis berakhir jam 11.30






No comments:

Post a Comment