PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Sunday, January 16, 2011

Lesen Memandu

Ini nak ceritakan tentang kesan dari Malaysia menang bola dengan Indon.

Bulan Disember 2010 aku jadualkan 2 orang anak aku mengambil ujian memandu kereta berkesempatan dengan cuti semester. Jadi ujian memandu ditetapkan pada 31.12.2010.



Bila Malaysia menang bola piala Suzuki aku lah diantara mereka yang menjerit kegembiraan kerana Malaysia menjadi juara buat pertama kali bagi piala tersebut. Tup-tup PM istihar cuti pada 31.12.2010 meraikan kejayaan tersebut. Ini telah menjadikan aku antara yang cukup bengang dengan keputusan tersebut kerana ujian memandu pada hari tersebut dibatalkan oleh JPJ dan ditunda pada minggu berikutnya.



Minggu berikutnya Januari 2011 dimana kedua2 anak aku dah masuk kolej dan jika tidak hadir dikira tidak berjaya. Bukannya senang anak aku nak balik semula dari Sri Iskandar, Aaaaahhhh kenapale kakitangan JPJ tidak diberikan OT saja atau diberi cuti ganti seperti Kelantan dan tetap bertugas pada hari tersebut kerana appointment telah dibuat. Bengang aku sampai kemucak bila aku hantar e-mail kepada PM meluahkan ketidakpuasan hati aku. Tak pasti samaada PM baca ke tidak.

Minggu berikutnya kedua2 anak aku terpaksa balik ke KL memduduki ujian memandu dengan ponteng kuliah. Jika tinggalkan ujian begitu saja aku terpaksa keluarkan belanja lagi untuk duduki semula.



Alhamdulillah.... mereka lulus dengan sekali ujian tanpa aku duga. Mungkin ada hikmah disebalik itu, mungkin jika mereka ambil ujian pada 31.12.2010 mungkin mereka tak lulus. Jadi semua marah aku terubat bila mereka lulus.

Masaalahnya sekarang anak aku dok minta nak bawa kereta Myvi kesayangan aku....Aaaahhh sayang.... takut jadi apa-apa hehe..