PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Friday, May 11, 2012

HAMSTER

Aku memang tak suka membela binatang peliharaan. Pada aku kucing suka berak dan kencing merata, bulu melekat sana sini. Burung, aku tak suka melihat binatang terkurung begitu juga dengan ikan. Anak2 aku bila melintas pet shop selalu minta hamster dan aku juga tidak suka hamster. Sekian lama tidak pernah aku beri kebenaran pada anak2 aku pelihara binatang.

Dua minggu lepas anak aku no.3 bawa balik seekor hamster kerumah alasan kawan dia beri pinjam dalam sangkar kecil. Habislah semua pakat main termasuk isteri aku. Aku beri arahan nanti pulangkan balik.

Kemudian isteri aku pulak bawa balik sangkar hamster yang besar katanya kawan dia beri kerana sudah tidak bela hamster lagi. Wah ini sudah petanda tak baik, bila bela tikus dalam rumah - rumah pun dah jadi macam sarang tikus.

Isteri aku dah mula suka hamster, katanya kalau pulangkan balik hamster itu kepada tuannya dia nak beli sepasang yang baru. Alamak.... Peliknya diaorang ni semua geli nak pegang hamster, bila terlepas cari aku juga untuk tangkap hehehe..

Khabarnya anak jantan aku kat kolej dah bela kucing parsi dirumah sewa dia, Cuti semester dah nak mula nanti datang pula kucing dalam rumah aku. Tak tahu aku apa nak jadi pulak

3 comments:

  1. boleh buat mini zoo lepas nie..hehehee

    ReplyDelete
  2. acu > hamster ni malam2 sangat aktif sentiasa bermain dengan roda pusing dan menganggu suasana malam - bila akan berakhir episod ni tak tahulah saya huhuhu....

    ReplyDelete