PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Friday, May 11, 2012

HAMSTER

Aku memang tak suka membela binatang peliharaan. Pada aku kucing suka berak dan kencing merata, bulu melekat sana sini. Burung, aku tak suka melihat binatang terkurung begitu juga dengan ikan. Anak2 aku bila melintas pet shop selalu minta hamster dan aku juga tidak suka hamster. Sekian lama tidak pernah aku beri kebenaran pada anak2 aku pelihara binatang.

Dua minggu lepas anak aku no.3 bawa balik seekor hamster kerumah alasan kawan dia beri pinjam dalam sangkar kecil. Habislah semua pakat main termasuk isteri aku. Aku beri arahan nanti pulangkan balik.

Kemudian isteri aku pulak bawa balik sangkar hamster yang besar katanya kawan dia beri kerana sudah tidak bela hamster lagi. Wah ini sudah petanda tak baik, bila bela tikus dalam rumah - rumah pun dah jadi macam sarang tikus.

Isteri aku dah mula suka hamster, katanya kalau pulangkan balik hamster itu kepada tuannya dia nak beli sepasang yang baru. Alamak.... Peliknya diaorang ni semua geli nak pegang hamster, bila terlepas cari aku juga untuk tangkap hehehe..

Khabarnya anak jantan aku kat kolej dah bela kucing parsi dirumah sewa dia, Cuti semester dah nak mula nanti datang pula kucing dalam rumah aku. Tak tahu aku apa nak jadi pulak

Tuesday, May 1, 2012

KURSUS NLP

Minggu lepas 3 hari dari 20 April hingga 22 April kemudian minggu ini tiga hari pulak 28 April hingga 29 April aku berkursus NLP di Priority-Sky Sdn Bhd, di Subang Jaya. Kursus Neuro Linguistic Programming (NLP) pada hari pertama aku jadi bingong kerana 99% guna bahasa orang putih. Faham 70% tak faham 30%. Aku bukannya teruk sangat inggerisnyer tapi bila istilah2 NLP tidak sama dengan apa yang ada dalam kamus bertambah aku pening. Hari berikutnya barulah aku boleh terima dan mulai faham sedikit demi sedikit.

Tugasan diberi, buat ujian dirumah sepanjang 4 hari break. Baca soalan tak faham apa yang dimaksudkan boleh agak2 saja. Tanya rakan2 kursus diaorang pun lebih kurang aku juga. jadi kami berbincang mana yang boleh jawab orang putih aku jawab orang putih, yang mana kurang aku belasah melayu. yang penting fill in the blank jangan biarkan kosong. Aku tahu yang marking mesti orang syarikat itu juga. Yang penting dapat sijil NLP certified from US. Kos kursus ini bukannya sedikit RM8,000 per head. Takkan nak gagalkan aku kot....

Peserta hanya 8 orang saja tapi kelas bagaikan nak rak riuhnya.









Kursus ini sangat berguna dalam kehidupan, perniagaan, latihan, pendidikan dan juga dalam therapy
Dalam kursus ini kami learn about interventations for effective living because it covers a range of techniques to rid you of old ineffective beliefs, behaviors and habits of thinking. Kita dapat mendalami kebolehan influence others, strategies for modelling expert performance and creating lasting change. Excel to be the best you can be.