PD

PD

About Me

My photo
Putrajaya, WP, Malaysia
Pengalaman tak boleh dibeli

Thursday, December 27, 2012

SEMPORNA 22.12.2012

Sudah lama aku teringin nak penuhi hajat aku menawan penjuru2 Malaysia.. Padang Besar dan Rantau Panjang sudah aku sampai di bahagian Utara. Manakala di bahagian selatan JB, Kota Tinggi sehingga Desa Rhu juga telah aku sampai. Di Sarawak, Kuching serta Sarikin di sempadan Indonesia telah aku sampai. Misi aku seterusnya ialah Sampoerna berhampiran dengan Filipina dan Tawau yang berhampiran dengan Indonesia.


Bulan Februari yang lalu seorang peserta kursus posmen Semporna, Z (Zakaria) 'offer"aku melawat Semporna kampung beliau dan berjanji akan membawa saya dan keluarga berjalan2 di daerah itu. Memang tidak aku duga, layanan Z dan keluarganya sangat istimewa. Tanggal 22.12.2012, perjalanan aku dari LCCT menaiki Air Asia sepatutnya pukul 6.00 petang tetapi 'delayed' hampir pukul 7.00 baru bertolak. Berkali2 pilot memohon kemaafan.
Tiba di Lapangan Tterbang Tawau pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah Z telah menunggu di ruang mengambil bagasi. Dengan Pajeronya, kami 6 orang sekeluarga dan semuanya sudah besar panjang terpaksa duduk berhimpit-himpit.  Cuma aku saja yang selesa kerana duduk di bahagian hadapan. Pajero dipandu membelah kepekatan malam. Faham sajelah jarak waktu Semenanjung berbeza. Walaupun jam menunjukkan pukul 10 malam tetapi sebenarnya hampir pukul 12.00 malam, jarang-jarang sekali berselisih dengan kenderaan. Perjalanan untuk sampai ke Pekan Semporna mengambil masa 1 jam. Risau jugak sepanjang jalan menaiki Pajero, kiri kanan tak nampak apa-apa.  Nasib baiklah jalannya lurus dan tidak banyak kenderaan.  Pajero membelah kepekatan malam dengan laju.
Kami sekeluarga 'check-in' di Dragon Inn Resort yang ditempah awal oleh Z sebanyak 2 buah bilik. Bangunannya terletak di atas air, sebuah berharga RM120 (satu double ,satu single)dan sebuah lagi berharga RM98 (dua single). Malam berikutnya aku tukar menjadikan dua2 bilik dengan katil single (jimat sikit duit). Hero aku , Hilal memang selalu jadi mangsa terpaksa tidur di atas lantai (kesian dia) Berjanji dengan Z esoknya nak ke laut berkelah dan mandi pantai di sebuah pulau.

Tetapi apakan daya Allah yang menentukan segalanya. Daripada malam sehinggalah siang, hujan turun seolah-olah tak mahu berhenti. Langit tetap juga gelap gelemat, angin usah nak cakaple bertiup kencang cuma yang bestnya tiada ombak besar seperti di pantai Timur Semenanjung. Pagi itu Z telefon tak jadi bawa kami berkelah tukar plan esok saja... takut kami tidak biasa dengan angin kencang, ombak dan hujan. Tetapi dia tetap pergi membawa saudaranya yang datang dari Kota Kinabalu kerana pada hari itu mereka semua nak balik ke KK.

Pemandangan dari Dragon Inn ke arah laut memang menawan. Kita dapat melihat penduduk Semporna ini menjadikan bot sebagai pengangkutan utama mereka. Jadi bot keluar masuk seolah-olah seperti orang bawa motor dan kereta di tempat kita. Melihatkan aktiviti ini saja sudah mengasyikkan. 

Sebelah petang hujan mulai reda, memandangkan hati masih lagi melonjak tak dapat naik bot pagi tadi maka saya mulai 'survey' sekiranya ada bot yang sanggup membawa kami bersiar2 di persisiran Semporna dan di  bahagian Pulau Bum-bum yg terletak berhadapan dengan Semporna. Dapat dengan harga RM150. Isteri aku tidak ikut, badan tidak sihat kerana perubahan cuaca. Meronda menaiki bot selama 2 jam turut singgah di pelantar ternak ikan dan lobster.
    Tempat penggambaran Filem Duyung .  Banyaknya sampah-sarap, ikan duyung pun boleh mati.
    Bersama Z,  di tempat ternak 'lobster'. area Pulau Bum-Bum
Esoknya cuaca sangat baik 8.30 pagi mulai berangkat ke Pulau Mabul perjalanan memakan masa 2 jam mengharungi laut yang luas terbentang ( Laut Sulawesi). Z membawa bersama keluarganya menjadikan suasana lebih meriah. Ister Z dah sediakan makanan dengan ikan kerapu, udang, ketam, sotong dan macam-macam lagi. Kami berkelah di sana berhadapan Kem PGA. Kami bersiar2 di perkampungan di situ serta mengelilingi pulau yang tak seberapa besarnya.
                       Jeti Pulau Mabul.
             Bekalan disediakan oleh Keluarga Z
 Pelancong je yg sanggup beli..... harga mahal .  Yg besar tu RM 200.  Pelancong tempatan mampu ambil gambar je tau.
 Di hadapan kedai cenderamata kepunyaan wanita Jepun kahwin dgn org Pulau Mabul.
Permainan kanak-kanak di Pulau Mabul.
Dah lama tak tengok budak-budak memanjat pokok... bestnya teringat zaman kecik-kecik.

Perjalanan balik dari pulau melalui kawasan membela Rumpai Laut yang begitu terkenal di daerah Semporna ini. Sampai di Dragon Inn badan aku pula rasa nak demam.
Pagi Krismas 25hb kami check out menuju ke Tawau. Z masih lagi membantu sehingga ke Bandar Tawau (jasa mu dikenang) yang mana seorang lagi rakan aku menunggu di sana ,Nor Azmi. Kami 'Check In' di MB Hotel (RM 110 x 2). Kami meronda bandar Tawau sebentar kerana badan rasa tidak sihat ,balik ke hotel dan Azmi pesan supaya makan malam di rumah dia.
 Meleleh air liur dan air hidung..... selesema.  Ikan merah, ketammmm... meratah je.
( Di rumah Nur Azmi... orang Penang kahwin org Tawau. Tak nak balik Penang )
Azmi suami isteri ( Murni ) sangat mesra. Banyak makanan disediakan seperti ketam hijau, udang, ikan merah punyale banyak sehingga tak larat nak makan. Katanya semua ini fresh baru dibelinya daripada bot nelayan yang baru balik dari laut.

Di pasar Tawau hasil laut yang murah
Tanggal 26.12.2012, pagi-pagi lagi aku dengan isteri aku menapak ke Pasar Tawau mencari ikan kering, udang kering dan ikan bilis yang terkenal cantik dan murah di sini. Kemudian aku melawat Pejabat Pos Tawau. Rupanya ramai yang pernah berkursus dengan aku bekerja di sini. Sungguh mesra sekali. Sebelum berangkat balik sempat singgah di restoran bersebelahan airport yang hanya menyediakan masakan Daging Payau (baru aku tahu Payau itu Rusa). pukul  3.30 petang flight balik ke LCCT.

Zakaria (Z), Noor Azmi sungguh baik layanan anda dan keluarga anda. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Samporna, Tawau sungguh enjoy percutian ini Insyallah suatu hari nanti aku akan sampai lagi.  Leganya dapat balik rumah setelah lima hari kat Sabah, bah.

Pasar Semporna

berkelah di Pulau
Kanak-kanak bermain di Pulau Mabul












Permainan kanak-kanak di Mabul

Wednesday, October 31, 2012

Menang ipad 16.10.2012

Tidak ku sangka-sangka terima surat dari PNB menyatakan aku memenangi cabutan bertuah LOL (Labur Oh Labur) yang tidak ketahui ada peraduan itu. Hadiahnya sebuah ipad 3. Alhamdulillah.... rezeki. Pelaburan yang aku buat melalui CIMB cliks ke dalam akaun ASB telah melayakkan aku dipilih

Terima kasih aku kepada sesiapa sahaja rakan aku yang bertugas di pejabat lama (Pantai Remis) yang ambil inisiatif redirect surat tawaran PNB ke alamat aku di sini, jika tidak melepas hadiah tersebut hehehe...




Oleh itu pada 16.10.2012 aku dijemput ke Balai PNB Jalan Tun Razak dalam satu majlis penyampaian hadiah oleh Tan Sri Dato Sri Hamad Kama Piah CEO PNB

Yang bestnya anak-anak aku yang gembira lebih aku yang makan hati kerana jarang-jarang dapat pegang ipad tu ...

Friday, May 11, 2012

HAMSTER

Aku memang tak suka membela binatang peliharaan. Pada aku kucing suka berak dan kencing merata, bulu melekat sana sini. Burung, aku tak suka melihat binatang terkurung begitu juga dengan ikan. Anak2 aku bila melintas pet shop selalu minta hamster dan aku juga tidak suka hamster. Sekian lama tidak pernah aku beri kebenaran pada anak2 aku pelihara binatang.

Dua minggu lepas anak aku no.3 bawa balik seekor hamster kerumah alasan kawan dia beri pinjam dalam sangkar kecil. Habislah semua pakat main termasuk isteri aku. Aku beri arahan nanti pulangkan balik.

Kemudian isteri aku pulak bawa balik sangkar hamster yang besar katanya kawan dia beri kerana sudah tidak bela hamster lagi. Wah ini sudah petanda tak baik, bila bela tikus dalam rumah - rumah pun dah jadi macam sarang tikus.

Isteri aku dah mula suka hamster, katanya kalau pulangkan balik hamster itu kepada tuannya dia nak beli sepasang yang baru. Alamak.... Peliknya diaorang ni semua geli nak pegang hamster, bila terlepas cari aku juga untuk tangkap hehehe..

Khabarnya anak jantan aku kat kolej dah bela kucing parsi dirumah sewa dia, Cuti semester dah nak mula nanti datang pula kucing dalam rumah aku. Tak tahu aku apa nak jadi pulak

Tuesday, May 1, 2012

KURSUS NLP

Minggu lepas 3 hari dari 20 April hingga 22 April kemudian minggu ini tiga hari pulak 28 April hingga 29 April aku berkursus NLP di Priority-Sky Sdn Bhd, di Subang Jaya. Kursus Neuro Linguistic Programming (NLP) pada hari pertama aku jadi bingong kerana 99% guna bahasa orang putih. Faham 70% tak faham 30%. Aku bukannya teruk sangat inggerisnyer tapi bila istilah2 NLP tidak sama dengan apa yang ada dalam kamus bertambah aku pening. Hari berikutnya barulah aku boleh terima dan mulai faham sedikit demi sedikit.

Tugasan diberi, buat ujian dirumah sepanjang 4 hari break. Baca soalan tak faham apa yang dimaksudkan boleh agak2 saja. Tanya rakan2 kursus diaorang pun lebih kurang aku juga. jadi kami berbincang mana yang boleh jawab orang putih aku jawab orang putih, yang mana kurang aku belasah melayu. yang penting fill in the blank jangan biarkan kosong. Aku tahu yang marking mesti orang syarikat itu juga. Yang penting dapat sijil NLP certified from US. Kos kursus ini bukannya sedikit RM8,000 per head. Takkan nak gagalkan aku kot....

Peserta hanya 8 orang saja tapi kelas bagaikan nak rak riuhnya.









Kursus ini sangat berguna dalam kehidupan, perniagaan, latihan, pendidikan dan juga dalam therapy
Dalam kursus ini kami learn about interventations for effective living because it covers a range of techniques to rid you of old ineffective beliefs, behaviors and habits of thinking. Kita dapat mendalami kebolehan influence others, strategies for modelling expert performance and creating lasting change. Excel to be the best you can be.