Dua minggu tak berjalan kemana-mana dalam cuti penggal sekolah ini kerana orang rumah masuk kolej pada setiap cuti penggal persekolahan menjadi mahasistua semula.
Kesempatan pada Sabtu dan Ahad lepas orang rumah mencadangkan makan ikan bakar. Jadi dalam kepala aku Pengkalan Balak lah yang banyak pilihan ikan bakar.
Aku belasah aje mana-mana chalet melayu yang ada kosong janji tolong melayu dan ada tempat menginap, bermalas-malas menunggu malam hari pekena ikan bakar sewa 2 bilik untuk sekeluarga.setiap bilik ada 1 katil bujang dan 1 katil kelamin.
Komen aku chalet melayu ni tak ada usaha untk mengekalkan kemudahan yang ada dalam bilik. katil bujang besinya patah ditengah menjadikan ianya melendut kebawah manakala katih kelamin tilamnya lama dan nipis seperti tidur diatas spring. Persekitaran yang tidak kemas seolah-olah seperti tidak berjaga mengambarkan kemalasan pengurusan clalet tersebut.
Terdapat ramai pelancung dari Singapore turun ke tempat itu diwaktu itu seolah2membawa imej malas dan kotor pada masyarakat melayu.
Banyak tempat telah saya pergi bila balik saja beritahu pada kawan-kawan mencadangkan pergi ketempat2 tersebut. Tetapi kali ini perkara negetif yang saya bawa dan merasakan chalet orang melayu di Penglakan Balak hanya pada mereka yang terdesak saja yang akan menginap disitu jika nak diulangi semula ditempat yang sama sorry ajelah
Makan ikan bakar memanglah best di Kuala Sungai Baru tapi bila hulur wang RM100 bakinya hanya RM2.50 aduhhhhhhhhhhhh sekali-sekala boleh lah...